Cari Apa?

Rabu, 27 Mac 2013

ULAMA' MULA MENJAUHI PAS #TolakPakatoons #GE13




Sekian lama, Sekolah-sekolah Pondok di Kelantan berdiri teguh di belakang PAS. Mereka inilah merupakan tunjang utama kekuatan PAS. Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada kerana dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama. Walaubagaimana pun,  kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.


Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya. 


Kenapa perubahan sedemikan terjadi di Kelantan? Negeri safe deposit untuk PAS…

Kerana PAS terlalu tunduk kepada DAP..  PAS takut dan tidak tetap pendirian.. Mereka melaungkan bahawa memperjuangkan Islam sedangkan apa yang PAS mahu adalah kuasa.. Isu Negara Islam boleh dikatakan titik mula PAS menunduk kepada DAP.. Ayat Karpal Singh, “Mahu wujudkan Negara Islam? Langkah mayat saya dulu” menonjolkan sikap angkuh DAP dan lemahnya PAS.. Baca Sini..  Isu Kalimah Allah merupakan kemuncak utama kita dapat melihat betapa lemah dan tunduknya PAS kepada DAP – Baca SINI untuk info lanjut..




Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS. - Sumber


Tiada ulasan: