Cari Apa?

Khamis, 4 April 2013

Anwar tidak Bertanding di Permatang Pauh?? #TolakPR #PRU13

Anwar – Antara Perak @ Selangor? - sumber

Seorang pemimpin kanan peringkat pusat PKR memberitahu bahawa Anwar kemungkinan akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen di bahagian selatan Perak ataupun utara Selangor.

“Selatan Perak atau utara Selangor pilihan Anwar jika beliau mahu keluar dari Permatang Pauh… saya pun terkejut apabila Anwar kata sedang timbang untuk tanding di Perak atau Selangor,” kata beliau yang enggan namanya dipetik.

Katanya, antara kerusi yang boleh dipilih Anwar ialah Lumut, Bagan Datoh, Telok Intan atau Tanjong Malim.

Meskipun tewas, namun kerusi Parlimen Padang Rengas, Tambun, Tapah, Pasir Salak, Lumut, Bagan Datoh dan Tanjung Malim dilihat punya potensi untuk dimenangi parti itu berikutan penyusutan jumlah majoriti yang ketara meskipun enam daripadanya ditanding menteri Kabinet.

Padang Rengas yang disandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang sebelum ini menang dengan majoriti 4,772 berjaya mengekalkan kerusinya dengan 1,749.

Di Tambun, majoriti undi untuk Menteri kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkurang daripada 17,360 kepada 5,386.

Bagan Datoh – Anwar akan bertembung dengan protege lamanya, Zahid Hamidi. Berdasarkan kedudukan semasa, bukan mudah untuk Zahid Hamidi mengekalkan kedudukan. Ini akan menjadikan pertembungan yang agak menarik.

Padang Rengas – PKR sememangnya tidak mempunyai calon. Antara yang disenaraipendek adalah seorang doktor gigi yang tinggal di Kuala Lumpur. Tidak mempunyai kekuatan. Peluang menang untuk Anwar.

Tambun – ramai yang tidak tahu, Husni adalah ‘BUDAK ANWAR’ untuk tempoh yang lama. Juga satu kemenangan mudah kepada Anwar.

Lumut – jika Anwar bertanding di sini, Dr Zambry adalah orang paling layak berdepan dengan Anwar. Kemenangan mungkin berpihak kepada Anwar. 40 % orang Cina akan memberikan undi solid kepada Anwar. Jangan lupa, SU MCA Malaysia pun menang 200 undi lebih sahaja.

Siapa di Permatang Pauh?

Ramai di Tropicana beranggapan Anwar boleh letak siapa sahaja di Permatang Pauh; salah seorang anak atau menantu Anwar akan boleh menang dengan mudah waima bertempur dengan siapa sahaja di Permatang Pauh.

Semua ini berlaku kerana Anwar ‘over-confident’ bahawa dia boleh menang di mana sahaja di Perak. Dr Md Nur Manuty (yang sudah confirmed bertanding); memberikan ayat bodek yang susah untuk dinafikan oleh sesiapa pun. Malah Dr Md Nur membayangkan, jika Anwar menang bertanding dan mengalahkan salah seorang Menteri/MB di Perak – PKR akan menjadi IKON di negeri tersebut.

DR. M Maafkan Perancang Pembunuhan Beliau #GE13 #PRU13 #TolakPR

Dr. M memaafkan perancang pembunuhan beliau

Tun Dr M memang terkenal sebagai pemimpin yang rendah diri dan tidak menyimpan dendam. Cikgu Zainon yang pernah cuba membunuh beliau dulu akibat terlalu taksub terhadap Amanat Hj Hadi, kini sudah sedar dan insaf.

http://utusan.com.my/utusan/Politik/20130403/po_19/Dr-M-memaafkan-perancang-pembunuhan-beliau