Cari Apa?

Selasa, 12 Mac 2013

#LahadDatu : SMS Terakhir #WiraMalaysia


Al-Fatihah buat wira muda negara, Allyahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkalan di Tawau yang gugur ketika bertempur dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, 7.45 pagi ini. 

Foto kecil pula adalah Bapa arwah, Ismail Hussin, 55 yang menunjukkan SMS terakhir anaknya berbunyi `salam abah,ma doa la orng slmt...era'. FOTO Azlan Hafiz

#LahadDatu : Malaysia Pantau Laporan Media Filipina



KL, 12/3/2013 – Malaysia sentiasa memantau laporan media Filipina mengenai individu yang kemungkinan menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, laporan media yang dipantau ialah mengenai pendedahan penglibatan individu tertentu dalam kejadian itu.
”Pada hemat saya, banyak lagi bukti-bukti yang akan dikeluarkan oleh media Filipina dan ia akan dikeluarkan jika terbukti (laporan itu) kukuh oleh mereka.

“Saya tak mahu implikasikan pada mana-mana individu, biarlah media Filipina yang menyebutnya,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan Prestasi Kewangan Tahun 2012 Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, jika individu yang disebut media negara itu merasakan laporan media Filipina itu sebagai tidak benar, mereka boleh menyaman media berkenaan.

Sementara itu, beliau mengingatkan media Filipina supaya tidak menulis laporan atau fakta tidak tepat berhubung kejadian di Lahad Datu kerana ia hanya akan mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara.

“Saya harap mereka (media Filipina) lebih berhati-hati menulis fakta yang sebenar,” kata Ahmad Zahid sambil sekali lagi menegaskan bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak menembak atau membunuh sewenang-wenangnya seperti yang dilakukan penceroboh militan dari selatan Filipina itu.

Beliau memberi contoh sebuah portal berita Filipina yang memetik seorang rakyat Filipina sebagai mendakwa kononnya pasukan keselamatan Malaysia mengheret lelaki Filipina keluar dari rumah mereka di Sandakan, Sabah dan menyuruh mereka berlari sekuat hati sebelum menembak mereka.

Ditanya mengenai kawalan di perairan Sabah sekiranya Operasi Daulat ditamatkan, Ahmad Zahid berkata: “Seperti yang dinyatakan PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak), kita akan mempunyai kem tetap di Lahad Datu.

“Kem ini menyerupai apa yang dilakukan di Sarawak dalam Markas Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM). Ia bukan saja akan babitkan Angkatan Tentera Malaysia, malah akan babitkan polis, Agensi Penguatkuasa Maritim dan Majlis Keselamatan Negara,” katanya. – BERNAMA

UPDATE #lahaddatu - SEORANG ANGGOTA KESELAMATAN TERKORBAN #WiraMalaysia


LAHAD DATU: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Sumber

Marilah sedekahkan Al-Fatihah buat Wira Negara...