Dalam keghairahan kerajaan negeri Pulau Pinang bina kediaman mampu milik (mampu milik lah sangat), akhirnya depa terlupa pasai tempat sisa kumbahan najis kediaman tersebut..
haihh.. dah berak dah kencing tak dak tempat nak buang pulak.. apa kes ni?
Kondominium The Signature di Jalan Baru, Perai dengan tagline "Where you live in signature style" yang dibina oleh pemaju Excel Focus Propoerties Sdn. Bhd. nampak hebat baq hang. Dengan ketinggian 27 tingkat dan mempunyai 148 unit, kondo ni lengkap penghawa dingin, kabinet dapur, almari pakaian dan lain-lain fasiliti seperti roof top garden, kolam renang, sauna, gelanggang sukan, taman permainan, laman BBQ dan banyak lagi lah.
Tapi masalahnya kondo mewah ni tak ada tempat sisa kumbahan sendiri. Jadi pemaju ambil jalan mudah.. buat saliran pembentungan melalui kawasaan perumahan Taman Pauh dan alirkan sisa berak kencing orang kondo ke loji yang terletak 1 kilometer dari projek tu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) taman itu, Mohd. Hassan Mohammad berkata, pihak penduduk membantah sekeras-kerasnya tindakan pemaju itu kerana akan mengganggu lalu lintas serta menyusahkan kehidupan penduduk. Menurutnya, pihak JKKKP telah menghantar surat bantahan kepada pemaju, IWK dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berkaitan masalah itu namun tiada sebarang jaminan diberikan kepada penduduk.
“Saya yakin pihak pemaju ingin mengambil jalan mudah dengan mengalirkan sisa kumbahan itu ke kawasan ini bagi mengelakkan gangguan bau di kawasan kediaman 27 tingkat itu,” katanya ketika mengetuai bantahan aman penduduk di taman itu.
Sementara itu, bagi penduduk, Zahari Arshad, 48, rumahnya berada paling hampir dengan loji kumbahan itu dan pihak pemaju membuat tandaan di hadapan rumahnya untuk mengorek jalan. Jelasnya, jika projek itu berjalan, dia akan menjadi mangsa kerana jalan yang dikorek berada terlalu hampir dengan rumahnya serta membahayakan struktur rumah yang telah didiami sejak 22 tahun lalu. “Sudahlah selama ini saya terpaksa menghidu bau busuk dari loji kumbahan itu, kini datang satu lagi masalah baharu apabila jalan di depan rumah saya nak dikorek untuk bina paip saliran bagi kemudahan penduduk kondominium mewah. “Terdapat sebuah lagi loji di Taman Bunga Raya yang lebih hampir dengan kondominium itu tetapi saya hairan kenapa mereka pilih untuk buat saliran melalui kawasan perumahan kami di sini,” ujarnya.
Cerita lanjut.. mai tengok SINI..
Cerita lanjut.. mai tengok SINI..
Kerja-kerja mengorek tanah dan pembinaan saliran kumbahan melalui kawasan perumahan Taman Pauh
Bantahan penduduk Taman Pauh
4 ulasan:
Salam...boleh saya tahu stori ini sudah disiarkan di akhbar?
tq..
Seperti biasa di Pulau Pinang, mangsanya adalah orang Melayu....
Tahniah kepada yang menyokong DAP dan PKR...kamu telah berjaya membantu penindasan orang Melayu oleh satu2nya parti anti-Melayu...iaitu DAPIGS!!
Utk pengetahuan sekarang 26.5.2015 ni kerja2 mengorek jalan dalam kawasan perumahan sedang giat di jalankan utk tanam paip najis .kesian tgk nasib penduduk kerana jalan di tutup berlubang sana sini..takut juga anak2 yang balik sekolah.
Lubang yg dikorek sangat dalam
Katanya rumah pan house yg ada roof top garden tu Yang Dipertua MPSP punya..sebab tu la mudah lulus pelan perancangan walaupun tak ada tank najis
Catat Ulasan