Cari Apa?

Ahad, 14 April 2013

DAP Tiada Pengalaman Mentadbir #savepenang #TolakDAP #TolakPR #PRU13



Parti DAP yang selama ni sering bongkak kononnya mereka lebih hebat dalam pentadbiran akhirnya mengaku tiada pengalaman mentadbir di Pulau Pinang. Mana tidaknya, Pulau Pinang mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut.. 

Mengimbas kembali ketika pemilihan CEC, DAP memberi alasan bahawa komputer telah mengsabotaj mereka sehingga beberapa ratus dari undi telah hilang. Dan, Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim mendakwa bahawa didapati unsur-unsur politik wang telah mula merebak dalam DAP ketika pemilihan CEC tersebut. - Sumber

Maknanya, DAP sebenarnya mengamalkan sikap rasuah... DAP dok kutuk BN rasuah padahal DAP yang belum lagi memerintah Malaysia, baru diberi mandat mentadbir 1 negeri sahaja dah mengamalkan rasuah.. Itu baru pemilihan jawatankuasa dalam DAP..

Belum sebut pasal mega projek lagi.. Nanti Gades ulas dalam next artikel…

Rumah Murah Tidak Perlu!! Terowong First!! #TolakPR #BNBagus #BetterNation

Sumber: www.pisau.net


Membina rumah mampu milik bernilai 400 ribu ringgit adalah kejayaan terbesar buat regim negeri Pulau Pinang. Apa yang pasti haprak pakatan akan menjadikan modal diceramah mereka untuk menaikkan nama regim DAP Pulau Pinang terutamanya tokongnya yang amat ‘prihatin kepada rakyat’.

Rakyat Pulau Pinang hari ini dikatakan amat bersyukur kerana atas kecekapan dan sikap tanggungjawab Lim Guan Eng sebagai tokong terbesar di Pulau Pinang apabila menjanjikan rumah mampu milik yang berdaya saing.Sebagai tokong memerangkap broker tanah terbaik dinegara ini,Lim Guan Eng telah melakukan yang terbaik untuk rakyat Pulau Pinang.

Dari ceruk kampung hinggalah di pejabat pejabat,ramai yang berasa amat bersyukur kerana kerajaan BN sebelum ini tidak pernah membina rumah murah. Cuba tengok di Seberang Jaya atau Bayan Baru..kesemuanya dibina oleh regim DAP..inilah yang disampaikan di ceramah ceramah DAP diluar Pulau Pinang. Bertepuk sakan para penyokong DAP diluar sana .

Tahukah anda projek perumahan kos rendah dan kos sederhana di Balik Pulau telah siap dibina oleh Perda. Pihak Perda telah menyerahkan kepada Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri untuk pemilihan pembeli…Rumah berharga 45ribu sehingga sekarang setelah 4 bulan tiada permohonan kaum Melayu diluluskan.

Hanya permohonan dari bangsa lain diluluskan.Yang menjadi persoalan kenapa permohonan pembeli berbangsa melayu tidak ada satu pun diluluskan. Perkara ini disahkan oleh sumber Pisau dari unit perumahan.Kenapa ada double standart kepada bangsa melayu sedangkan projek dari Perda adalah dari kerajaan pusat bukan hak milik kerajaan regim DAP. Fungsi bahagian perumahan kerajaan negeri hanya sebagai badan yang membuat pemilihan pembeli yang layak.

Tindakan regim DAP yang langsung tidak meluluskan permohonan pembeli berbangsa Melayu adalah satu lagi contoh betapa rasis,chauvanis dan ultrakiasunya regim negeri. Jika rumah semurah 45 ribu pun tidak dibenarkan dijual kepada melayu apatah lagi yang berharga 400 ribu yang dikatakan Guan Eng sebagai MAMPU MILIK!