Cari Apa?

Rabu, 10 April 2013

Ucapan Berbaur Sentimen Anti Islam Di Sri Lanka #saveIslam



Colombo,10/4/2013 – Duta Amerika Syarikat ke Sri Lanka, Michele J Sison menyuarakan kebimbangan mengenai ucapan berbaur kebencian dan serangan terhadap orang Islam di negara itu.

Beliau memberi amaran, sentimen seperti itu wajar tidak dibenarkan meningkat.


Ucapan berbaur kebencian, penghinaan dan serangan terhadap kedai peniaga Muslim termasuk masjid semakin meningkat.

Nasionalis Sinhala-Buddha

Ia dilakukan kumpulan nasionalis Sinhala-Buddha sejak beberapa bulan lalu dan ketiadaan tindakan balas oleh kerajaan dan polis menyebabkan mereka dituduh menyokongnya meskipun dinafikan.

Amerika serta ramai penduduk Sri Lanka bimbang dengan beberapa serangan terhadap tempat perniagaan milik orang Islam khususnya hasutan supaya tindakan itu dilakukan, kata Sison kepada wartawan asing di sini, kelmarin.

Sentimen kebencian seperti ini tidak boleh dibenarkan berterusan, katanya sambil menambah, suara toleransi mesti dapat mengalahkan sikap pelampau.

Satu resolusi tajaan Amerika mengenai Sri Lanka di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), minggu lalu, juga menyuarakan kebimbangan terhadap diskriminasi agama itu. -AFP

Berita Harian & Merdeka Online