Cari Apa?

Selasa, 27 Mac 2012

AWAS!! : BN AKAN KEMBALI TAKLUK PARLIMEN BALIK PULAU!!



BALIK PULAU, 26 Mac – Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata pihaknya terutama jentera parti sudah bersedia untuk memperbetulkan kembali kesilapan sehingga terlepas satu kawasan parlimen ke tangan pembangkang.


“Kita telah bersedia dan perbetulkan apa jua kesilapan kita yang lalu. Malah jentera kita pun sudah digerakkan awal lagi.


“Bagi kita peluang untuk Barisan Nasional (BN) ambil semula Parlimen Balik Pulau amat cerah tapi kita mesti teruskan momentum jentera kita hingga saat akhir”, katanya kepada UMNO-Online di sini.


Malah katanya kegagalan pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang ditambah dengan prestasi ahli parlimen kawasan ini memberikan BN banyak kelebihan.Pengundi tambah belai lagi mahukan wakil rakyat yang buat kerja dan sentiasa membela nasib mereka bukan wakil rakyat bermusim.


“Wakil rakyat parlimen yang ada walaupun anak tempatan tetapi tidak tinggal di sini. Ramai penduduk di sini tak kenal pun wakil rakyat parlimen mereka walaupun sudah empat tahun pilihanraya umum berlalu.


“Kita cukup optimis dengan jentera yang bersepadu serta calon yang disenangi dan dikenali penduduk, kita bukan sahaja mampu kekal kawasan DUN yang kita menangi malah mengambil semula kawasan parlimen yang dimenangi PKR”, ujarnya.


Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang berkata faktor politik semasa terutama di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keyakinan rakyat terhadap BN semakin hari semakin positif.


“Rakyat bukan saja percaya dengan agenda transformasi yang dibawa Perdana Menteri malah banyak manfaat yang telah pun rakyat perolehi tanpa mengira kulit, bangsa dan fahaman politik seperti bantuan BR1M, wang untuk pelajar, pelbagai subsidi serta banyak lagi yang diterima pelbagai golongan masyarakat.


“Mesej kita, jentera kita sudah bersedia dan kita yakin juga rakyat khususnya pengundi sudah tidak mahu lagi terpedaya dengan janji-janji pembangkang”, katanya.


- Sumber Media UMNO
 
Bicara Gades: Cayalah BN... Kali ni mesti dapat rampas balik.... Gerak kerja dah cantek tu...

DAP makin menunjukkan belang, PAS dan PKR hanya tunduk membisu

Dipetik daripada ptd-kokak.blogspot.com
 
Realiti – DAP mencapai keputusan cemerlang di dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu dengan menyapu bersih kesemua 13 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia yang komposisi pemilihnya terdiri daripada pemilih bukan Melayu melebihi 80%.

DAP kemudiannya menguasai 63% atau 11 kerusi parlimen di konstituensi pemilih bukan Melayu di antara 60-79%% dan menguasai 11% atau 2 kerusi di konstituensi Parlimen yang pemilih bukan Melayunya antara 50-59%.

Realiti – Daripada 51 kerusi parlimen majoriti pemilih bukan Melayu lebih dari 50%, DAP menguasai 26 kerusi, PKR 10, PAS 1 dan BN 14. Daripada jumlah itu, jika dilihat dari segi komposisi kaum, ia menterjemahkan kepada 34 ahli parlimen berketurunan Cina, 12 ahli parlimen berketurunan India dan lain-lain dan 4 ahli parlimen Melayu.

Bagaimana pula prestasi DAP di dalam PRU akan datang. Hakikatnya, DAP mungkin hanya dapat menambah tidak lebih dari 6 buah kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia melainkan mereka dapat memujuk PKR untuk menyerahkan beberapa kerusi majoriti bukan Melayu yang sebelum ini ditandingi oleh PKR.

Di Sarawak DAP berpotensi untuk memenangi 6 buah kerusi Parlimen dan dua lagi di Sabah.

Oleh yang demikian, di dalam PRU ke 13 akan datang, paling banyak DAP akan dapat menguasai 40 kerusi parlimen. Secara kasar, ini tentu sekali tidak mungkin dapat menggugat kedudukan UMNO apalagi mencabar penguasaan Melayu di Malaysia.

DAP amat arif mereka tidak akan dapat menumpaskan UMNO jika mereka meletakkan calon mereka di kerusi-kerusi majoriti pemilih Melayu melebihi 50%. Oleh sebab demikian, DAP memerlukan PAS sebagai proksinya.

Maka PRU 13 akan menyaksikan perang proksi yang hebat. Perang proksi itu dijangka akan tertumpu di kerusi-kerusi parlimen di mana majoriti pemilih Melayu di antara 50-79%. Di dalam PRU ke 12 lalu didalam kategori ini, BN UMNO menang 38, BN MCA 5, BN GERAKAN 2, PAS 8, PKR Melayu 15 dan PKR lain-lain 3. Dari segi komposisi keturunan pemenangnya pula, Melayu memenangi 61, Cina 7 dan India 3.

Tumpuan perang proksi DAP ini antaranya ialah di 2 kerusi parlimen di Pulau Pinang, 5 di Perak, 4 di Pahang, 3 di Selangor, 2 di Wilayah Persekutuan, 5 di Negeri Sembilan, 3 di Melaka dan 13 di Johor. Di sini adalah medan untuk DAP melagakan Melayu lawan Melayu dengan harapan perpecahan pengundi Melayu akan memberi ruang kepada pembangkang, terutamanya PAS untuk menang.

Sekiranya perpecahan Melayu pada kadar 55% menyokong BN dan 45% menyokong pembangkang, secara matematiknya PAS akan dapat merampas 9 buah kerusi Parlimen dan PKR Melayu 11 buah kerusi parlimen. Ini bererti 20 kerusi Parlimen milik BN di konstituensi pemilih Melayu akan jatuh kepada pembangkang.

Bagaimana PAS dan PKR Melayu dapat menambah 20 buah kerusi di dalam keadaan hanya memperolehi 45% undi pemilih Melayu? Jawapannya ialah menerusi perang proksi oleh DAP. 20 kerusi Melayu itu pada masa kini 10 daripadanya adalah milik UMNO dan 10 lagi milik parti-parti komponen BN di Semenanjung.

DAP memerlukan 32 kerusi parlimen daripada 51 kerusi majoriti bukan Melayu di Semenanjung. DAP juga hanya perlu menang 6 kerusi parlimen di Sarawak dan 2 di Sabah.

Seandainya ini berlaku, Pakatan Rakyat akan dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sejumlah diantara 112 ke 116 kerusi di dalam Dewan Rakyat. PAS bagaimanapun akan kekal sebagai parti terkecil di dalam Pakatan Rakyat dengan hanya 30 kerusi atau lebih. UMNO pula akan menjadi pembangkang dengan 59 ke 69 kerusi.

DAP akan menjadi parti paling berpengaruh di dalam kerajaan baru menerusi proksinya di dalam PAS dan PKR Melayu.
 
Ulasan ptd-kokak: Seperti entri saya yang lepas, DAP adalah merupakan parti politik dalam PR yang paling dominan dan 'ada otak' berbanding parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Jika dilihat daripada komposisi ahlinya serta kelulusan mereka daripada DAP, pastinya jauh lebih baik daripada PKR: Anwar Ibrahim (ijazah am -lower than 3rd Class daripada University Malaya), Shamsul Akin (dia ni mengaji mana?), PAS: Mahfuz Omar (SRP je, bekas penjaga stor di supermarket) Mat Sabu- Timbalan Presiden PAS (Tak sanggup nak bagitahu dia ni kelulusan apa). Jadi, the brain of the PR is DAP, while in BN, the brain is UMNO. Maka atas sebab itu Barisan Nasional agak payah nak dapatkan sokongan daripada pengundi Cina kerana mereka kini telah beralih kepada DAP yang mana mereka mengetahui hanya melalui DAP mereka boleh mendapat kuasa politik dan memerintah Malaysia. Jika mereka menyokong MCA, sampai bila pun mereka tidak akan dapat mendominasi politik Malaysia. Jika Pas mampu jadi parti teras kepada PR seperti UMNO yang menjadi parti teras kepada Barisan Nasional, then boleh lah cakap nak pegang Putrajaya. Jika tak, baik lupakan hajat tu kalau taknak anak melayu generasi masa depan ludah atas kubur pemimpin Pas nanti.