Cari Apa?

Isnin, 7 Januari 2013

Penyelewengan Tabung Memali terbongkar


Pas berterusan dihimpit pelbagai isu yang menghakis keyakinan rakyat kerana belum pun reda kontroversi Amanat Haji Hadi kini, pucuk pimpinan parti itu didesak pula menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.

Desakan itu dibuat sendiri Zainon Ismail atau CN Al-Afghani yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain.

Dalam nada tegas, beliau berkata, jika pucuk pimpinan Pas enggan menyelesaikan isu penyelewengan Tabung Memali tersebut, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat sekali gus bakal mendedahkan lebih banyak sisi gelap pemimpin parti itu.

Zainon yang bertanggungjawab menghasilkan buku Air Mata di Bumi Memalimendakwa wujud penyelewengan dalam Tabung Memali sehingga harta jutaan ringgit hasil derma ahli Pas yng bersimpati dengan tragedi Memali pada 1985 hilang entah ke mana.

"Jangan pulak lepas ini pucuk pimpinan Pas dakwa isu ini isu dah basi. Masih ada sembilan balu Memali yang hidup dalam keadaan daif, masih ramai anak-anak yatim tragedi Memali yang memerlukan duit untuk meneruskan pengajian mereka.

Tapi ke mana hilang semua harta balu,anak-anak yatim dan mangsa Memali ini?" Ketika Pas pusat mengambil tindakan menutup tabung ini, masih ada RM65,000 dalam tabung tersebut dan sehingga kini ia tidak diagihkan kepada balu-balu dan anak-anak yatim tersebut.

"Sebelum ditutup tabung ini yang dipecah kepada tiga iaitu Tabung Mangsa Memali,Tabung Balu Memali dan Tabung Anak-Anak Yatim Memali bernilai lebih RM1 juta tetapi ia ghaib begitu sahaja. Kenapa pucuk pimpinan tak siasat," katanya dalam majlis taklimat kepada sekumpulan anak muda malam tadi.

Anak-anak muda tersebut terdiri daripada mereka yang menghubungi Zainon dan mengunjungi Kampung Memali di Kedah bagi mengetahui kisah sebenar berhubung isu dakwaan berlaku penyelewengan dalam pengurusan Tabung Memali.

Tabung Memali ditubuhkan pada 1986 oleh Pas Pusat iaitu setahun selepas tragedi Memali bertujuan membiayai kos guaman kerana 14 balu bertindak menyaman Kerajaan Persekutuan, membiayai pendidikan anak-anak yatim serta kos sara hidup mangsa Memali.

Sejak ditubuhkan, empat pihak diberi tanggungjawab oleh Pas Pusat untuk mengumpul semua sumbangan orang ramai iaitu Harakah, Pejabat Pas Pusat,Pejabat Perhubungan Pas Kedah dan Madrasah Islahiah Diniah,Kampung Memali.

Semua wang serta sumbangan orang ramai termasuk dalam bentuk barang kemas diuruskan oleh tiga individu, yang mana Zainon adalah salah seorang sebelum dimasukkan ke dalam tabung bagi membantu 14 balu, 80 anak-anak yatim serta hampir 150 mangsa Memali.

Sementara itu ditanya mengapa beliau tampil mendedahkan dan mendesak kepimpinan Pas menyiasat penyelewengan tersebut, Zainon berkata sudah cukup beliau menyaksikan penderitaan mangsa Memali yang dibiarkan sedangkan "harta" mereka berjuta-juta ringgit.

"Ada seorang balu yang meninggal dunia tiga hari sebelum Aidilfitri dalam keadaan cukup daif. Arwah meninggal dunia atas tikar mengkuang buruk dan kaki bernanah serta berdarah akibat kencing manis tetapi mana pemimpin-pemimpin Pas? Mana harta mereka ini?

Saya tampil hari ini kerana saya yang menguruskan balu dan anak-anak yatim sedangkan pemimpin Pas yang lebih faham halal haram memakan harta balu serta anak-anak yatim Memali dan membiarkan mereka tanpa perhatian malah menekan kami," katanya.

PERISYTIHARAN DAP MUSUH NOMBOR SATU NEGARA




Dekad ini, musuh utama negara ialah DAP. Kenapa DAP? Kerana DAP berjaya memperbodohkan umat Islam dan orang Melayu. Pantang ada sedikit peluang, semua nak rampas! Semasa menang di Perak, DAP mati-matian mahu menjadi Menteri Besar Perak walaupun mereka tahu Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mensyaratkan MB mestilah seorang Islam dan Melayu! DAP melalui Karpal mahu juga meNyaman Sultan Perak! Kamu tahu di mana asal-usul Karpal Singh? 

Kini, baru semua orang tahu rupa-rupanya dengan sedikit tekanan, mereka bersedia memberi MB Perak kepada Nizar dengan Syarat beri tanah di Kelantan berpuluh-puluh ribu ekar kepada Ngah dan Ngeh (DAP). Kamu kira sekarang, jika tanah berpuluh ribu ekar itu diberikan kepada rakyat Kelantan seorang 3 atau 5 Ekar, berapa ribu rakyat Kelantan akan dapat Tanah?

Kamu mahu tahu kenapa DAP mensyaratkan tidak mahu menerima Anugerah daripada Raja-Raja Melayu? Jawapannya mudah, kerana mereka tidak iktiraf Raja-Raja Melayu! Ingatkah kamu apa kata Lim Kit Siang...dia kata Raja-Raja di Malaysia nonsone...semuanya Lanun dan Perompak! Kamu lupakah apa Lim Guan Eng kata semasa mengangkat sumpah sebagai KM Pulau Pinang. Dia berkata inilah hari yang paling aku benci kerana terpaksa tunduk dan mengangkat sumpah di depan orang Melayu dan Islam (iaitu Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang)!

Baca Selanjutnya DISINI

Bicara Gades: Hanya orang-orang bodoh sahaja yang tidak membuka mata melihat 100 tahun ke hadapan~ BANGUN DAN BERSATULAH... THIS IS ABOUT OUR SURVIVAL...