Cari Apa?

Jumaat, 9 November 2012

JOM KENAL - SYED MOKHTAR AL BUKHARY





FAKTA MENARIK TENTANG SYED MOKHTAR AL BUKHARY

1. Gaji pertama beliau beliau beri kepada ibunya separuh dan separuh lagi kepada orang yang tidak mampu, sehingga sekarang beliau masih membantu individu tersebut

2. Beliau HANYA menggunakan sebuah kereta PROTON PERDANA ke mana sahaja beliau pergi dan mempunyai seorang pemandu setia dengannya yang juga bertindak sebagai 'bodyguard' sebab dia takde bodyguard lain

3. Beliau mempunyai YAYASAN AL BUKHARI dimana kebanyakan keuntungan syarikat diserahkan ke dalam yayasan ini untuk membantu orang Melayu Islam

4. Kadangkala, beliau hanya berkain pelekat dan berselipar keluar bersiar-siar sehingga orang tak percaya itu adalah orang Melayu terkaya di Malaysia

5. Beliau banyak menyelamatkan syarikat Melayu yang kebanyakannya bankrup dan rugi teruk akibat sikap orang Melayu itu sendiri.

6. Beliau juga membantu umat Islam dengan pemilikan syarikat roti Gardenia bagi mengelakkan dari unsur2 meragukan dari segi kandungan roti itu sendiri

7. Beliau banyak membina masjid dan surau tempat kita beribadat selama ini sama ada dalam negara dan luar negara.

8. Beliau seorang yang tidak sukakan populariti, jarang kita nampak belia di kaca TV atau sebagainya malah kebaikan yang dilakukannya pun ramai tidak tahu sehingga mendatangkan fitnah seperti hari ini.

9. Beliau ada membina KOMPLEKS AL-BUKHARI di Alor Setar dan disinilah terletaknya rumah anak2 yatim, rumah orang2 Tua, tadika, sekolah, universiti dan sebagainya yang ditanggung penuh oleh beliau.


TERIMA KASIH ANWAR IBRAHIM DAN PIMPINAN PAKATAN RAKYAT YANG MEMBONGKARKAN SEMUA SYARIKAT BELIAU YANG SEBELUM INI BELIAU TIDAK PUN MENDEDAHKANNYA. KAMI AKAN TERUS MENYOKONG PRODUK DAN KEPUNYAAN BELIAU! TERIMA KASIH TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

LAYAN SAT...


Selamat Tuhan kurniakan
Selamat Pulau Pinang
Negeriku yang mulia
Ku taat dan setia
Aman dan bahagia
Majulah jayalah
Negeriku yang ku cinta
Bersatu dan bersama
Untuk negeri kita

Lirik lagu ini jika dihayati, adalah doa. Semoga Tuhan perkenankan keselamatan Pulau Pinang.

BILA USTAZAH IZZAH BERBICARA...

Hari ini:
Wahai umat Malaysia...dengarlah nasihat Ustazah ni naaaa...ketahuilah bahawa...RAKYAT TIDAK SEHARUSNYA DIPAKSA MENGAMALKAN AGAMA TERTENTU DAN IA JUGA TERPAKAI SECARA SAMA RATA KEPADA ORANG MELAYU. Al-Baqarah:256
Esok:
Dak aihhhh..mana ada Ustazah kata lagu tuuu..takdak aih. Ini semua konspirasi putaq belit media yang tak suka kat Ustazah...Ustazah kata lain, depa pi habaq kat rakyat macam lain..hukk hukk...
Wan Azizah :
Kesian anak mama...sabarlah ye nakkkkk

Mana pi habih semua Mufti dalam Malaysia ni? Hangpa diam ja ka? Amboi..kalau orang luar negara buat filem hina agama, hangpa bising membantah. Ni apa cerita? Dalam negara sendiri. Aku pun Islam jugak. Takkan aku sorang ja bangkit menentang penghinaan agama Islam secara terang lagi bersuluh ni? Hangpa takut ka?

GOOD JOB MPPP!! WELL DONE!!

"Makcik pi beli barang kat market. Sampai ja rumah tuu diaaaa...ramainya MPPP. Makcik tanya awatnya?" kata Mariam Tahir, 72 tahun.
"Kami mai nak roboh rumah makcik ni. Bina tak ikut piawai," balas MPPP.
"Tolonglah, jangan buat lagu ni. Anak makcik OKU. Lagipun takdak notis pun sebelum ni. Tak boleh bincang lagi ka? Tolonglah nak..." rayu Mariam.
"Öh sorry makcik. Say bye bye to your house" kata MPPP
FULLSTOP.
Robohlah sudah rumah seorang warga emas yang mempunyai anak OKU yang hanya bergantung kepada bantuan JKM.
MPPP pun balik dengan hati yang gembira kerana "Aku hanya menjalankan perintah big boss. Nasib hang la makcik oii"

*MPPP= Majlis Perbandaran Pulau Pinang

MALIK KASIM KATA....

Datuk Seri Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) :
Pasai apa peruntukan Kerajaan Negeri Penang tak digunakan untuk bina masjid, sekolah agama dan kubur orang Islam? Ada dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Malik Kasim (PKR- Batu Maung, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna) :
Ishhh...bina aihhh...sapa kata tak bina? Ambik masa bertahun-tahun ja baru boleh siap. Lambat siap lambat la peruntukan jalan.... Awat yang kalut sangat? Nak mati dah ka tak cukup kubuq?

Rekod : 2008-2012 (5 tahun) PR di Pulau Pinang. Tak siap-siap lagi?