Cari Apa?

Khamis, 7 Mei 2015

Facebook Gades.. #PRKPermatangPauh

Huhh.. macam-macam perkara berlaku di PRK Permatang Pauh ni.. 

Untuk mendapatkan maklumat dan info terkini.. 
mai la masuk dan like page FB Gades ya..


Gelombang Biru Mengganas #PRKPermatangPauh

Nampaknya sekitar hari ni Permatang Pauh akan terus
dipenuhi dengan warna-warni pilihanraya.. 

Tidak ketinggalan gelombang biru juga akan terus megah melanda
seluruh Permatang Pauh.


Pusat Mengundi SK Permatang Pauh
Wanita & Pemuda GEMPUR habis-habisan !
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Suasana di sekitar Pusat Pengundian Jalan Sembilang, Seberang Jaya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Dato' Jeffri Salim turun padang membantu jentera BN di PDM Sembilang.
SYABAS PEMUDA !!
#PRKPermatangPauh
#CukuplahKamiPulak
#MelakarSejarahBaru
#Vote4Mie



Update : Peratusan Keluar Mengundi.. #PRKPermatangPauh

Mai kita tengok peratusan keluar mengundi mengikut DUN
yang telah dikemaskini sehingga jam 12.00 tengahari..

DUN Seberang Jaya 12,611/30,266 (41.67%)
DUN Permatang Pasir 9,547/22,815 (41.85%)
DUN Penanti 8,893/18,809 (47.28%)
Jumlah keseluruhan tidak rasmi peratusan keluar mengundi
sehingga jam 12.00 tengahari adalah 31,600/71,890 (43.96%)

Orang Permatang Pauh yang masih belum menunaikan tanggungjawab anda.. 
tunggu apa lagi.. mai pakat p ngundi.. 


#PRKPermatangPauh
#CukuplahKamiPulak
#MelakarSejarahBaru
#Vote4Mie

Peratusan Keluar Mengundi Rendah Punca PKR Mengamuk? #PRKPermatangPauh

Hai... macam-macam provokasi yang puak PKR buat hari ini..
Ini yang paling Gades tak boleh nak terima..
tak bolehkah p ngundi secara aman tanpa gaduh dan caci maki..
apatah lagi bergaduh sesama Melayu dan Islam.. 
kita duk bergaduh.. DAPig jugak yang seronok gedik ekoq.

Terbaru, ni lah.. Gades malas nak cakap panjang.. hangpa nilai lah sendiri..

Hahaa.. bila Gades dapat tau jumlah tidak rasmi PRK Permatang Pauh sehingga jam 11 pagi tadi.. mungkin ini lah antara sebab mengapa geng-geng Pakatan ni cemas dan buat macam-macam hal cari pasai dengan orang BN.

Jom kita tengok peratusan keluar mengundi mengikut DUN
sepertimana yang dikeluarkan oleh SPR tadi.

DUN Seberang Jaya 9,552/30,266 (31.56%)
DUN Permatang Pasir 7,848/22,815 (34.40%)
DUN Penanti 6,836/18,809 (36.34%)

Jumlah keseluruhan tidak rasmi peratusan keluar mengundi
sehingga jam 11.00 pagi adalah 24,785/71,890 (34.48%)

Peratusan keluar mengundi terlalu rendah..
patutlah PKR sasau meroyan tak tentu hala..




Media Pula Menjadi Mangsa #PRKPermatangPauh

Ish.. ish.. la ni panas lit-lit baq hanggg..
Semakin tinggi matahari terpacak atas kepala ni semakin hangat #PRKPermatangPauh.

Gades turut merasai bahangnya apabila macam-macam perkara yang berlaku di sekitar pusat-pusat pengundian.

Contohnya di SK Seberang Jaya orang PKR dipukul kerana sengaja menuangkan petrol di kawasan penyokong BN manakala di SK Tanah Liat pulak penyokong BN berang kerana penyokong PKR bertindak membaling batu dan botol terhadap mereka.
Walau bagaimanapun, keadaan keseluruhannya masih terkawal.

Sumber Gades memaklumkan bahawa PKR sekarang dilaporkan cemas kerana peratusan keluar mengundi masih rendah dan ini boleh menyumbang kepada kekalahan mereka dalam PRK Permatang Pauh kali ni.

Yang kat bawah ni pulak gambar seorang petugas media yang menjadi mangsa keadaan.. beliau dipukul dalam serangan penyokong PKR di SK Tanah Liat tadi.

Kesian pada abang media ni.. tak pasai-pasai berdarah kepala.
PKR cemas, orang lain menjadi mangsa...

#PRKPermatangPauh Tercemar Lagi!!

Gelagat penyokong PKR yang sempat dirakam oleh lensa kami.
Lelaki ini menjerit-jerit sambil mengetuk-ngetuk cermin tingkap kereta Proton Saga yang membawa penyokong BN. Apa lah hangpa ni.. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seorang lelaki India dipercayai penyokong PKR cuba mempertikaikan tugas anggota Polis yang mengawal keadaan sehingga mencetuskan gangguan terhadap kelancaran proses pengundian.
Lokasi : SK Seberang Jaya

  

Amboi-amboi..
berani hang ganggu anggota keselamatan kan..
macam ni ka rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lagi penyokong PKR cuba mencetuskan provokasi.
Lokasi : SK Seberang Jaya 2
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berlaku pertengkaran kecil apabila tercetus provokasi
di antara penyokong BN dan PKR di Jalan Tuna..
rupa-rupanya ada pihak yang mencurahkan minyak petrol di atas jalan raya. 
Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya mengawal keadaan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lagi pasai pergaduhan.. kali ni di SK Tanah Liat..
penyokong PKR mula membaling batu dan botol air ke arah penyokong BN..
akibatnya seorang pengundi cedera kena batu di kepala.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seperti biasa.. kanak-kanak digunakan sebagai pasukan sorak oleh PKR.


Penyatuan UMNO dan PAS #PRKPermatangPauh

Photo of the day!

Aksi Muslimat PAS dan Wanita BN yang berpeluk mesra tanda ukhuwah di Permatang Pauh.
Semoga ada sinar penyatuan selepas ini.. Insya Allah

Inilah foto yang paling dibenci oleh Kak Jijah,
para penyokong PKR dan DAPig. 

Komen Gades :
PKR dan DAPig berusaha keras pecah-belahkan kaum Melayu dan agama Islam 
demi kepentingan mereka.. (PKR.. tolonglah buka mata buka hati hangpa..)
Bila tengok gambaq ni mestilah depa panas pungkoq.. panas.. panas..panas..
pinjam kipas Kak Jijah pun belum tentu reda kepanasan depa tu.. hahahaa..


Perkara-perkara Yang Mencemari.. #PRKPermatangPauh

Dalam kemeriahan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi,
Gades harap sangat takdak insiden-insiden yang tidak diingini berlaku.

Ya la.. walaupun berbeza fahaman politik,
kita semua tetap rakyat Malaysia yang cintakan keamanan..

Tapi, kalau perangai memang dah dasar spesies tak puas hati.. 
puak-puak ni mesti ada juga la perkara yang sengaja direka cipta untuk mencetuskan ketegangan.
Penyokong-penyokong PKR sedang membuat provokasi di hadapan SK Seri Penanti. Banyak duit abang ni...DAP bagi ka?
Tak faham Gades apa yang cuba disampaikan depa ni.
Terdesak sangat ka nak meraih undi sampaikan menggunakan duit..
Duit tu kan rezeki... Tak baik tau!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ni pulak cara-cara jentera PKR meraih undi. Macam-macam cara kan...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
Sikap kurang ajar penyokong-penyokong PKR mengejek dan memprovok
kaum Wanita yang menyokong BN. 
Pak cik-pak cik, bayangkan kalau itu isteri-isteri anda. 
Dah tua-tua pun tak reti-reti nak beradap sopan dengan Wanita.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
 
Yang ni pulak di SK Seberang Jaya. Pergaduhan antara penyokong PKR dan BN.
Insiden berlaku disebabkan perang mulut antara kedua-dua belah pihak apabila penyokong-penyokong PKR mula mengeluarkan kata-kata kesat ke atas penyokong-penyokong BN.

Sekitar Hari Pengundian @PRKPermatangPauh

Calon BN Suhaimi Sabudin selesai membuang undi di SMK Guar Perahu, bersama keluarga beliau.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sementara itu, calon PKR Wan Azizah pula hadir membuang undi di SK Seri Penanti.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengundi tertua di Permatang Pauh, Othman Bin Daud berumur 103 tahun
hadir membuang undi di SK Seri Penanti.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Orang ramai mula beratur seawal jam 7.30 pagi di SK Tanah Liat, Bukit Mertajam
untuk membuang undi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Suasana di sekitar  Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Penanti - 7.45 pagi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Suasana di Sekolah Rendah Kebangsaan Permatang Tok Kandu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Calon BN Suhaimi Sabudin meninjau tempat membuang undi dan beramah mesra bersama orang ramai di Bukit Indera Muda - 10.00 pagi