Cari Apa?

Isnin, 27 April 2015

Hadiah dari Lim Guan Eng Untuk Penduduk Pulau Pinang

nahhhh...
tengoklah sendiri...
gades dah malas nak cakap banyak...
ada mata.. tengok...
ada telinga.. dengar...
ada akal.. pikiaq....





MANA HILANGNYA WANG SURCAJ AIR PENANG

RM 600 JUTA HUTANG KERAJAAN DAP PENANG KERANA MIGRASI AIR

Sebagai anak jati Penang.. Gades terpanggil untuk masukkan entry ni.. biaq semua orang tau pasai kerajaan DAPig Penang ni.. Hangin 1 badan tau..

Sebelum ni Gades pernah masukkan isu kenaikan surcaj dan tarif air di Penang.. kali ni isu aliran wang surcaj plak.

Ada sumber habaq pada akhir tahun 2011, baki hutang Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM 36.72 juta berbanding sejumlah RM 687.79 juta pada tahun 2010, iaitu menurun sejumlah RM 651.07 juta atau 94.7%.

Penurunan hutang ini sebab pada tahun 2011 pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Pada tahun 2011, proses migrasi dan penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air Negara telah dilaksanakan yang melibatkan 4 pihak, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

(KERAJAAN NEGERI TIDAK PERNAH MENGELUARKAN RM 600 JUTA PUN DARI AKAUN NEGERI. APA YANG BERLAKU CUMA PENGAMBILALIHAN ASET SAHAJA. SENANG CARA BERNIAGA. ESOK NAK KURANGKAN HUTANG RM 456 BILLION KERAJAAN MALAYSIA, KALAU PAKATAN MENANG ALIHKAN HUTANG INI PADA IMF. KEMUDIAN CLAIM KATA DAH SETTLEKAN HUTANG. INI MUJUR BAWAH KERAJAAN PUSAT YANG SELAMATKAN)

Pada tahun 2011, pinjaman baru yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM 6 juta bagi membiayai Projek Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW) dan sebanyak RM 0.59 juta untuk Projek Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang bagi membina Indoor Arcade and Seafood Centre di Batu Kawan.


(KENAPA KERAJAAN NEGERI TIDAK GUNA DUIT UNTUNG SURCAJ YANG MELEBIHI RM 7 JUTA PADA PERTENGAHAN TAHUN 2012? KENAPA PERLU PINJAM DARI KERAJAAN BN PUSAT?)

Jadi persoalan sekarang.. 

KEMANAKAH HILANGNYA WANG SURCAJ?

ya la tu guan eng oiiii..... 

LIM GUAN ENG BUAT HAL LAGI

Baru-baru ni Lim Guan Eng.. (ishh.. Guan Eng lagi) umumkan cadangan projek Penang Sky Cab. Dia habaq lah Sky Cab tu hubungkan Penang Sentral di Butterworth dengan Jalan Nordin Street Ghaut di Georgetown.
 Tapi.. Penang Sky Cab ni bukanlah pengangkutan awam sebab satu kabin boleh angkut 10 orang ja.. 

Mai Gades nak habaq plak naaa..
beratus-ratus orang dari seberang dan tanjung duk ulang alik p keja balik keja tau dak..
walaupun ada feri dan jambatan tapi tetap sesak bila waktu puncak.. 
ada Guan Eng kisah..??

Guan Eng kata Penang Sky Cab ni produk pelancongan.. 
jadi daripada hang perabih duit rakyat buat benda takdak faedah ni.. lebih baik hang upgrade produk pelancongan yang sedia ada dan utamakan pengangkutan awam dulu.

 Guan Eng sepatutnya fikirkan cara untuk tambahbaik terminal feri, feri dan fasiliti asas di sekitarnya sebab feri sememangnya menjadi nadi utama penghubung tanah besar dan pulau, dari dulu hingga kini. 
Feri pun tumpuan pelancong jugak tau.. orang luaq mai semua nak merasa naik feri tau.. 
Penang Sky Cab oo Penang Sky Cab.. 
kata siap 2018.. ntah ya ntah tidak.. 
last-last jadi macam terowong dasar laut tu lah..

terowong ke mana.. dasar laut ke mana..
hahaha...



Sekitar Kempen Calon BN PRK Permatang Pauh #PRKPermatangPauh

Sambil-sambil tu jom kita jengok pulak kempen calon BN untuk PRK Permatang Pauh ni.. 
Calon muda.. mestilah semangat...
bukan macam calon recycle.. nenek yang umur 63 tahun... 

Kempen bersemuka calon Saudara Suhaimi tanpa mengira kaum. 
Alhamdulillah masyarakat menerima baik kehadiran beliau. 
Moga barakah mengiringi beliau.














 Program edaran akhbar oleh Puteri UMNO di hadapan Maybank Seberang Jaya.
Hebahan informasi.

Ziarah calon Saudara Suhaimi ke PDM Guar Perahu.



Nampaknya, kehadiran calon  BN di tempat-tempat yang beliau pergi
disambut baik oleh penduduk sekitar.
Tanpa mengira kaum, beliau boleh berinteraksi dengan baik, sempoi dan mesra rakyat.

Gades rasa... penduduk Permatang Pauh boleh bagi la peluang ni kepada BN..
Cukup-cukuplah bagi PKR pegang... Bagi BN pulak....

1 UNDI BN/UMNO = 1 UNDI SOKONG HUDUD


PENANG ALA VENICE


Guan Eng.. Guan Eng.. semakin hari semakin banyak 'kejayaan' dan 'kehebatan' kerajaan hang.

Entry kali ni Gades nak highlight pasai Rumah Mampu Milik yang dicanang-canang kerajaan DAP Penang.. canang punya canang bukan mampu milik tapi mampu tengok nganga ja..

The Light Linear, Gelugor.. haa.. tahu tak projek kondo serba mewah ni.. Lengkap dengan pelbagai fasiliti moden – mall, private pool, parking, butik & spa, waterfront, dewan konvensyen dan teater.. macam-macam ada.. katanya macam kat Venice, Itali.. 

Harga??? 

 Huhh.. dah tentu berjuta-juta ringgit.. siapa yang mampu?

 Inikah rumah mampu milik rakyat Penang.. amboi.. kaya-kaya rupanya orang Penang ni..
maklumlah Gades ni orang biasa-biasa ja.. mampu tengok ja lah.. 





Haa.. ni lah rupanya Penang Ala Venice.. 

Hangpa ada.. hangpa mampu.. ????



DAP PENANG BIKIN PANAS



Ni lagi satu kerja Lim Guan Eng..
haihhh.. makin lama makin menjadi-jadi kerajaan DAP Penang ni.. dulu janji kata lain.. la ni jadi lain plak. Hangpa mesti pernah terkena pasai bil PBAPP macam pengguna di bawah ni kan.. memang naya betuii..

Luahan berapi daripada seorang pengguna PBAPP dalam Facebook.

 

Keratan bil PBAPP pengguna tersebut.. RM391.95 baq hangggg.. 


Dulu masa PRU-13 janji kata nak turunkan caj air.. cuma bayaq kos pengendalian saja..

Tup-tup 2 tahun lepas tu depa umum kata naik plak tarif air sampai 16.7 peratus.. kononnya nak didik rakyat guna air secara berhemah.. nak elak catuan..

Lepaih tu.. surcaj air plak naik.. dari 24 sen jadi 48 sen.. 
ada lagi..
Depa caj plak 9 kupang kalau bayaq kat tempat lain.. Nak tak nak kena p jugak lah kat kaunter PBAPP..


Hahaa.. ni lah muka yang nak didik orang Penang.. tengok muka pun dah tau..dasar penyangak tindas rakyat, kikis duit rakyat.. 
hang cermin muka hang..
didik diri hang dan kroni hang dulu..


Ni buktinya.. kerajaan Lim Guan Eng cakap dan buat tak serupa bikin..!!

KATA DULANG PAKU SERPIH.. 
KATA BN, PR YANG LEBIH.. PUIIII

KERAJAAN LGE GAGAL LAGI


Hmmmm.. cemuih lah Gades pasai Kak Wan ni.. 
la asyik Kak Wan, Kak Wan, Kak Wan.. 
sampai terlupa terlepas pandang plak pada LIM GUAN ENG..
ingat dia bagus sangat ka.. 
Jom kita tengok apa dia dah buat dengan Penang

Lokasi di Lorong Siakap 12, Rumah Pangsa Blok A Seberang Jaya.

Penduduk kecewa kerana masalah banjir kilat di Taman Siakap, Seberang Jaya masih berlaku dan tidak berkesudahan. YB ADUN Seberang Jaya pula kurang turun kawasan. Berdasarkan tarikh siap kerja-kerja menaiktaraf projek menyelesaikan masalah banjir kilat ialah pada 19/1/2015, tetapi kerja tidak dapat disiapkan sehingga sekarang.

Projek kecik macam ni pun tak settle-settle.. macam mana nak tadbir negara dengan projek mega juta-jutaaa..??



YB ADUN Seberang Jaya.. PKR kan? Geng Pakatan kan? 

Yang ni pun tak boleh nak jaga.. ada hati bertanding Permatang Pauh lagi.. dan lagi.. dan lagiiii....

#PRK Permatang Pauh.. tolak PKR, tolak PR..!!

Pemuda PAS Pulau Pinang vs PKR #PRKPermatangPauh

Semalam Ketua Pemuda PAS Penang dh keluaq kenyataan...

Semua jentera direhatkan dari semua gerak kerja PRK...
Bilik gerakan tak buka....
Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini.
Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini....
depa juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen PRK

kenyataan penuh ampa semua boleh tengok kat SINI...

Lepas pada tu... PKR pulak katanya enggan melayan puak-puak Pemuda PAS ni...
hmmmm...

Kita tunggu dan lihat la episod seterusnya nanti macam mana..





Patutlah masa penamaan calon hari tu, Jabatan Amal PAS tak nampak muka. 
Nampak gayanya PKR bekerja sendirian untuk menangkan calon RECYCLE. 
Nak harap DAP turun kempan...mimpilah PKR woiiii.