Cari Apa?

Jumaat, 6 Februari 2015

Penipuan demi Penipuan : Penang (BN) vs Penang (DAP)

Terima la hakikat ya. Tak ada siapa pernah sebut Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Yang orang sebut, Pulau Pinang di bawah pemerintahan DAP. PAS dan PKR syok sendiri ja jadi balaci DAP. Yang dapat nama DAP juga. Yang sungguh-sungguh buat kerja nak tumbangkan BN terutamanya UMNO di Penang ni...PAS dan PKR.




1. Sejak 1993-2008 tarif air tak pernah dinaikkan di Penang dan kekal tarif terendah di Malaysia. Pemerintah ketika itu? BARISAN NASIONAL.

2. Pada 2010, kerajaan negeri perkenal surcaj pada kadar 24 sen setiap 1000 liter penggunaan domestik melebihi 35000 liter sebulan atas alasan nak kurangkan kadar penggunaan domestik air per kapita sehari yang melebihi purata nasional.
Pemerintah ? DAP

3.November 2013, surcaj dinaikkan 100% yakni dari 24 sen ke 48 sen setiap 1000 liter atas lasan kenaan surcaj awal gagal megurangkan kadar penggunaan air per kapita malah terus meningkat.
Pemerintah : DAP

4. April 2014, Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan DAP Penang setuju dengan permintaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang untuk naikkkan tarif air sebanyak 20%. Khalifah Umar Abdul Aziz versi sepet makan Bak Kut Teh ni kata, surcaj kedua tu pun gagal juga kurangkan penggunaan air.
Pemerintah : DAP



Now..now..

Mai baca ni pulak nooo.. Yang ni Lim Guan Eng tak umum kat hangpa. Mampuih la nak umum kan...

PERJANJIAN MIGRASI ASET AIR

1. Ditandatangani oleh kerajaan Pulau Pinang pada Jun 2011. Dengan perjanjian ini, hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan berjumlah RM655 juta distrukturkan semula di mana Perbadanan Aset Air Berhad mengambil alih hutang kerajaan Negeri kepada kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan semua aset air milik negeri kepada PAAB selama 45 tahun.

2. Kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk membiayai secara 'grant' Projek Pembesaran Empangan Mengkuang bernilai RM1.2 bilion.

Lepas dah sain pun, Lim Guan Eng pentadbir terhebat tu pun tetap juga naikkan surcaj air...
Apa tujuan surcaj dan tarif air dinaikkan lagi? 2011 sain agreement. 2013-2014 naik lagi berganda-ganda. Siapa punya kerja?

ISU FORT CORNWALLIS

Dulu-dulu kan, nak masuk Fort Cornwallis tu free. Percuma. Sekarang jangan harap, Guan Eng lulus pengurusan Fort Cornwallis kepada Syarikat Ewein Berhad. Start tu la kena bayar nak masuk Fort Cornwallis. Sebab Syarikat Ewein kena bayar RM30,000 sebulan kepada kerajaan DAP. Mana nak cekau duit topup? Poket rakyat dan pengunjung la.. termasuk pelancong.

ISU TENDER TERBUKA

Guan Eng kata depa la kerajaan paling telus transparent di dunia. Syarikat Ewein tu apa pasai tak lalui proses tender terbuka pun? Ada request for proposal pada 2010 tapi pasai apa tak layan?

Suruh Lim Guan Eng isytihar harta dia. Nak tengok telus ke tak.

Hadiah CNY dari Guan Eng





p/s : Minyak dah turun harga oiiiiii!!!!!