Pesan orang tua terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa badan. Gara-gara status Twitter Eric Paulsen yang cuba membuat provokasi dan menghasut, dia akhirnya di dakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948.
Kalau didapati bersalah. beliau boleh dikenakan denda sehingga RM5000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya.
Timbalan pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5000 tetapi peguamnya, Gobind Singh Deo memohon agar anak guamnya tidak dikenakan syarat yang berlebihan.
Kes ini akan disebut semula pada 27 April 2015 ini.
p/s : jaga-jaga, ada yang memerhati!!!!