Assalamualaikum.. Rasanya belum terlambat lagi Gades nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015!! Semoga 2015 ni akan memberikan sinar buat negara tercinta.
2014, Tahun Malaysia diuji dengan pelbagai ujian. Bermula dengan cuaca kering dan panas, diikuti dengan misteri kehilangan pesawat MH 370, pesawat MH 17 yang ditembak jatuh di Ukrain, kejadian puting beliung dan bencana banjir besar yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia, Perak, Johor, Sabah dan terkini di Sarawak. Ya Allah, hebat sungguh dugaan ini buat Malaysia!!
Memasuki tahun 2015, masih dalam mood sedih, negara gempar dengan kejadian keruntuhan moral dan akhlak apabila terdapat segelintir gadis melayu bertudung dan pastinya beragama islam yang tanpa segan silu berpelukan dan bercium dengan kumpulan penyanyi dari Korea. Sedangkan ramai yang memberi bantuan membantu mangsa banjir di Pantai Timur, pihak penganjur seolah tidak peka dengan mengadakan acara hiburan seperti itu. Tidak cukup dengan itu, muncul pula malaun yang kononnye lawyer ke loyar buruk si Eric Paulsen dengan status yang mengatakan JAKIM mempromosi ekstrimism. Wahhhh, sedap je mengata tanpa usul periksa. Dalam negara masih bersedih, ada saja yang mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej Islam, imej negara Malaysia.
Masa banjir tengah melanda tak nampak pulak puak-puak ni
datang membantu.
Masing-masing senyap je sebab bercuti katanye..
Kat oberseaaaaaaaaaaa.....
Tup-tup bila Jabatan Agama Islam nak buat kerja muncul lah orang-orang
yang suka mengondem ni. Antaranya Si Ambiga nih..Time Bersih dulu sibuk mengusung ramai-ramai pegi Stadium la, kat jalan la..pasaipa bila banjir hang tak sibuk nak usung orang ramai bagi bantuan ? Bila JAWI nak ambil tindakan kat remaja perempuan yang tergedik atas pentas dengan Kumpulan KPOP tu pon amboiiii, tetiba ja muncul bagi statement "Waran tangkap akan buat peminat KPOP trauma".
Next, si Kitul la..Masa negara dilanda banjir besar hang sibuk bercuti naik beskal kat luaq negara nun..bila muncul isu KPOP ni sibuk nak bagi statement jugak. " perlu ditegur melalui metod dakwah bilhikmah". Bang Non, kalau dah tegur secara dakwah bilhikmah tapi tetap nak meliwat jugak, apa cerita????
Bersambung................