Dalam keghairahan PAS menghimpunkan ahlinya untuk Himpunan Hijau ke Putrajaya,
MyMassa terjumpa gambar ini.
Boleh ke Parti Islam guna patung untuk perarakan / himpunan / program mereka?
MyMassa biar pembaca lihat FATWA DARI MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN, negeri yang diperintah oleh PAS sendiri.
Hukum Membina Patung Dan Perarakan Patung Binatang Yang Bernyawa.
Tarikh Keputusan: 10 Apr, 2002
Keputusan:
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 10 April 2002 telah membincangkan fatwa mengenai membina patung dan perarakan patung binatang yang bernyawa. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
1. Berdasarkan perspektif maqasid tanpa melihat kepada sebarang perincian pandangan, dirumuskan bahawa aktiviti pembuatan dan pemilikan patung atau objek samada berjisim atau tidak, dengan disertakan motif penyembahan, pemujaan atau sebarang motif yang bertentangan dengan maqasid syar"iah yang enam iaitu penjagaan agama, nyawa, akal, nasab, harta dan maruah maka hukumnya adalah haram dan wajib dihindarkan.
Namun begitu, pertimbangan daripada fiqh furu" wajar dihormati sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Imam as-Sya"rani dalam mizannya.
Justeru itu, sekiranya persoalan pembuatan patung dan pemilikannya bebas daripada pertentangan dengan nilai-nilai maqasid yang disebut di atas, maka kenyataan-kenyataan berikut perlu dipegang :
a. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang berjisim secara lengkap anggota zahirnya adalah haram berasaskan zahir hadis dan prinsip sadduz-Zarai".(سد الزرائع ).
b. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang berjisim tetapi tidak lengkap anggota zahirnya yang merupakan anggota utama yang berkaitan nyawa dan kehidupan seperti kepala dan sebagainya, maka hukumnya adalah makruh tatapi masih di bawah lingkungan perkara-perkara yang harus.
c. Pembuatan dan pemilikan patung haiwan atau manusia yang sempurna tetapi berasaskan kemaslahatan yang mu"tabar di sisi Syara' maka hukumnya adalah dibolehkan seperti pembuatan dan pemilikan patung untuk tujuan pendidikan seperti anatomi badan manusia yang lengkap untuk pengajian biologi atau permainan kanak-kanak dan sebagainya
2. Tentang hukum perarakan burung Patalawati, maka hukumnya adalah mengikut perincian berikut:
a. Perarakan yang menerapkan unsur pemujaan adalah khurafat dan boleh membawa terjejasnya aqidah.
b. Kera"ian dan perarakan yang bersifat demikian wajar dielakkan samada dari segi penganjuran dan penyertaan.
c. Kalaupun kera"ian dan perarakan sedemikian tidak mengandungi unsur khurafat dan syirik tetapi perkara berkenaan tidak memberi sebarang kesan positif kepada mereka yang terlibat dengannya atau kepada yang menyaksikannya, maka hukumnya adalah termasuk di bawah perkara al-Lahwu ( اللهو ) yang makruh dan perlu dielakkan demi pertumbuhan dan pembangunan iman individu dan masyarakat.
Jika PAS sendiri langgar fatwa yang dikeluarkan oleh ULAMA dari Negeri Kelantan, anda boleh nilai sendiri apa yang PAS akan buat dengan Hudud jika mereka berjaya jadi Kerajaan.
PAS sekarang bukan lagi gerakan Islam seperti mana dahulu. PAS sekarang hanya parti politik yang gila kuasa untuk memerintah. Program terbaru PAS di Kedah hari ini menjadi bukti bahawa Islam hanya menjadi modal politik PAS sahaja. Jika tidak, mereka pasti tidak melanggar fatwa yang dikeluarkan oleh MUFTI NEGERI KELANTAN sendiri.