Pakaian atau gaya hidup seseorang hanya pertanda keruntuhan moral dan spiritual seseorang insan. Kalau sudah sampai tahap memperkatakan ugama itu semua sama dan persamaan itu hanya disamakan sebagai "Holy is full of holes", ianya adalah pengesahan pada petanda-petanda yang lama kita lihat dan perhati akan Mislina Mustaffa, seorang pelakun tanah air.
Mislina, pelakun yang tak terkenal tapi pernah menarik perhatian dengan berkepala botak di Occupy Dataran Merdeka kononnya untuk bersama penuntut-penuntut Universiti berhaluan kiri yang mahu pendidikan tinggi percuma tanpa ambilkira struktur ekonomi negara yang bukan sosialistic atau berasas pembayaran cukai tinggi.
Dengan pakaian singlet tanpa coli hingga kelihatan poteng buah dadanya, dia tersenyum dalam kesukaan pada perhatian yang diperolehi. Baca AIDC SINI
Rupanya Mislina ini adalah seorang yang agak deviant atau seleweng sekali pemikiran, pendirian dan gaya hidupnya. Dia dikatakan hidup bergelendengan seperti orang merempat tanpa ada rumah dan hanya berbekal beg plastik. Kononnya statement seni Homeless by Choice. Baca SINI dan SINI.
Mislina yang ada sedikit kemasyhuran berlakun dalam beberapa filem dan terakhir adalah Mukhsin yang diarah arwwah Yasmin Ahmad memang hidupnya pun sudah terlari dari kehidupan berugama Islam. Baca SINI
Dia berpakaian bikini dan tidak ambil peduli akan kritikan terhadapnya sebagai orang melayu dan berugama Islam. Baca SINI
Malah dia membela anjing di rumah ketika dia berumah dahulu. BacDari amalan yang gaya hidup pun sudah menunjukkan petanda jauhnya dari Islam, Mislina Mustaffa telah dilaporkan Malaysiakini sebaga berkata saya tak tahu pasal Islam tapi dia juga kata dia tak tahu Islam yang sebenar. Baca SINI danSINI
Mislina yang kini seorang aktivis tanpa haluan dan asas mencerminkan jiwanya yang kosongan dengan hidup bergelendangan dan gaya hidup "bohemian". Kita hanya boleh lihat Mislina sebagai satu produk Hishamuddin Rais orang tua yang jadi idola pada ramai anak muda hari ini.
Seperti juga Hishamuddin, Mislina adalah sebahagian dari puak-puak seni yang cuba membuat pelbagai statement seni yang syok sendiri dan tak mendekati realiti ke arah menyelesaian pentadbiran dan masaalah masyarakat.
Hishamuddin dan Mislina ini berpemikiran sosialist, terbuka kepada segala benda tak kira haram halal seperti LGBT dan mengaggap kebebsan isu tuhan dan penyelesaian segala masaalah masyarakat.
Inilah pemikiran anarkis yang dibawa oleh mereka-mereka seperti Hishamuddin dan sedang disajikan kepada anak-anak muda hari ini.
Jika ada anggap - membaca petikan kitab-kitab pelbagai dan ada pulak sigemuk pura-pura memakai baju bertudung seolah-olah pengamal Islam turut sama dalam - deklarasi bawah pokok ini sebagai pemikiran pluralism ugama yang menerima semua ugama tak kira mereka mengesakan atau mentauhidkan Allah atau tidak, itu juga salah anggapan.
Mereka ini anarkis yang sebenarnya anti ugama seperti mana-mana sosialist yang kata ugama itu candu dan anti sebarang struktur dalam masyarakat sebagaimana pembawa gaya hidup bohemia. baca SEL13 SINI
Mislina seorang atheis dan mungkin sekali begitu juga Hishamuddin rais yang pernah menganggap Islam itu sebagai "Hotel California you can check out anytime you like but you can never leave." Ini semua stunt yang bukan untuk mencari jawapan spiritual tapi mereka yang membenci kehidupan berugama.
Bagi ibu bapa yang sempat membaca, inilah gejala yang lebih bahaya yang ibu bapa tak sedar sedang menular anak-anak. - artikel The Unspinners