Cari Apa?

Selasa, 10 Februari 2015

Anwar Ibrahim BERSALAH!! Akhirnya!!

Subhanallah...
Subhanallah..

Bukanlah Gades berdoa supaya Anwar dipenjarakan. Yang Gades doakan adalah supaya ditunjukkan kebenaran terhadap segala pertuduhan terhadap orang tua ni.

Akhirnya Allah tunjuk juga walaupun mengambil masa yang lama. Saiful Bukhari pun dah bernikah.





Seorang yang begitu muda, berani mengambil tindakan menentang seorang tua yang begitu berpengaruh dan akhirnya mencapai kemenangan.

Bukan satu perkara yang main-main. Bukan suka-suka. Banyak risikonya. Bukan benda mudah,. Tapi....

Bukankah segala kejadian tu takkan berlaku kecuali dengan izin Allah Taala?

Bukankah segala yang berlaku ada pengajaran dan hikmah di sebaliknya?

Bukankah semua yang berlaku ada sebab musababnya?

Wahai ANWAR dan ANWARINAS

Sekarang bukan masa dah untuk tuding menuding dan salah menyalah. Ini masa untuk hangpa dok tafakur sat dan fikir dari aspek agama. Mungkin Anwar dipenjarakan supaya kurang kejahatan yang dilakukannya sekaligus memberi peluang untuk dia menebus dosa. Kalau tidak cuba hangpa kenang-kenang balik. Berapa kali Bersih dianjurkan? Berapa banyak kerosakan dan kecederaan? Berapa banyak kenderaan kerajaan yang hangpa kata kononnya "DIBELI DENGAN DUIT RAKYAT" jahanam? Sapa punya angkara? Dianjurkan demi sapa?



Pagar UM roboh. Fahmi Zainol aka Monkey Boy bersama konco-konco beruknya menggila. Kononnya atas nama demokrasi dan hak bersuara. Nak bersihkan sistem kerajaan Malaysia. Sapa yang ajar dia?





Masa beratus ribu rakyat menderita dibadai banjir, MANA ANWAR? Jangankan Anwar. Masa Kajang tenggelam dalam banjir, MANA WAN AZIZAH?

Apa yang keluarga ni buat yang hangpa rasa terhutang budi mesti bela depa sampai mati ni?

Sekarang bila dah kena sumbat dalam penjara, tau pula nak heret rakyat. Cukuplah hangpa dibutakan mata dan hati. Allah dah bagi petunjuk dah tu. Masih tak nampak lagi ka?

Standby Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. 

HARI PENENTUAN # RAKYAT HAKIM NEGARA

10 FEBRUARI 2015 (Selasa)

Bersalah atau tidak bersalah?

Inilah hari yang ditunggu-tunggu..Bukan sahaja oleh Anwar Ibrahim, bahkan seluruh rakyat Malaysia. Berhari-hari dah si Kitul ni buat tour seluruh Malaysia nak mencari sokongan tapi sibuk burukkan kerajaan...panggil orang sana panggil orang sini. Ini kes hang la, pasaipa nak babitkan orang lain? dok panggil budak tak habis blajaq, mejar yang dah kena tendang dok hasut orang..gentleman la bro!!!

6 tahun 5 bulan 10 hari.....

Akhirnya....
BERSALAH!!!

p/s : Permatang Pauh,mu tunggu aku datang!!