Cari Apa?

Khamis, 18 Julai 2013

Lohh..dah kahwin rupanya kau Ashraf!!


Adoi...pagi semalam dalam berita kata baru mohon nak poligami...bila petang berita kata tarik balik permohonan pulak..bila malam..

DAH KAHWIN!!!


Ok...hak berpoligami adalah hak lelaki. Betul. Wanita tak ada hak poligami. Betul. Tapi...kalau kahwin kat Siam tu..itu tak betul. Ashraf oii..apa yang kau dah buat ni? Mana maruah keluarga kau campakkan semata-mata nak kahwin kali kedua? Yang Sakinah pulak, kenapa pentingkan diri sendiri sangat? Macamana nak sampaikan ilmu dan dakwah yang baik kepada umat Islam yang lain kalau kau sendiri pun ikut hati dan bisikan syaitonnn supaya "Ahh! Jom la nikah kat Siam! Balik nanti nak tak nak depa kena terima!". Padahal, kau boleh tunjukkan contoh yang baik dengan bersabar dan cekal mengikuti setiap proses, halangan dan prosedur sampai kau dapat apa yang kau nak tanpa menjatuhkan maruah keluarga.


Tapi, kahwin kahwin dah. Hati tetap tak seronok jugak walaupun dah sah nikah sebab kena hadapi cemuhan masyarakat terhadap kau, keluarga kau dan keluarga mertua-mertua kau untuk jangka masa yang lama.

Tahniah. Selamat Pengantin Baru.

Ehemm..Ashraff Muslim nak poligami?


Cik abang ni dah nikah pada 2011 di Mekah. Sejak bertukar profesion kepada pengamal perubatan Islam ni...beliau semakin sunyi dari dunia hiburan. Tup tup dengar khabar beliau nak menikah lagi. Bakal isteri kedua dah canang satu Malaya bahawa beliaulah wanita yang dimaksudkan tetapi tuan punya body sendiri senyap membisu. I say no comment. Itu kisah dua bulan lalu.
Hari ini Harian Metro melaporkan bahawa aktor ini telah pun ke memohon untuk berpoligami. Hmm..
Macam-macam hal.

Dulu 'JAGUH' Depan Kamera, Sekarang Tertunduk Malu...

Itulah...orang Islam tak usik pun agama-agama lain. Tak pernah pulak dengar orang Islam publish benda-benda yang menyakitkan hati penganut agama-agama lain. Tapi yang hangpa seronok sangat ganggu Islam dan penganutnya kenapa? Orang Islam takkan baling babi kat rumah hangpa...sebab babi tu sememangnya halal kat hangpa. Tak cukup dengan iklan raya ala krismas..hangpa nak suruh kami makan babi pulak untuk berbuka. La ni padan muka. Tutup buat apa muka tu? Tayang body lagi tak lalu tak malu pulak.