Cari Apa?

Rabu, 6 Mei 2015

Lagi Rahsia Calon BN Dibongkar.. #PRKPermatangPauh

Entri kali ni Gades saja nak perkenalkan isteri dan 4 orang anak Abang Mie.. 
Alhamdulillah Abang Mie berjaya membentuk sahsiah anak isterinya dengan baik sekali.. 
Melalui kenyatan isteri dan anak-anak beliau, jelas menggambarkan Abang Mie seorang yang berdedikasi dan komited terhadap pendidikan duniawi dan ukhrawi. 
Ciri-ciri calon macam ni lah yang kita perlukan sebagai wakil rakyat kan..

Gades dan rakyat Permatang Pauh mendoakan kejayaan Abang Mie..
moga Abang Mie berjaya membawa angin perubahan dan memajukan pembangunan di Permatang Pauh.

#PRKPermatangPauh
#CukuplahKamiPulak
#MelakarSejarahBaru
#Vote4Mie

Kak Jijah Jangan Cari Pasai.. #PRKPermatangPauh

Kak Jijah.. kata nak jadi wakil rakyat Permatang Pauh 
yang menyantuni semua kaum.. tapi apa kes pulak dah ni.. 
tiba-tiba Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P.Ramasamy dan kaum India di Permatang Pauh tak puas hati dengan Kak Jijah.

 Menurut laporan yang diterima, Kak Jijah tidak hadir di majlis Hi-Tea dan kebudayaan kaum India yang diadakan di Seberang Jaya malam semalam. Ramasamy bersama-sama beberapa wakil rakyat kaum India telah awal-awal lagi hadir di lokasi majlis sejak jam 5.30 petang. Mereka terpaksa menanti selama sejam setengah sehinggalah MP Kapar, G.Manimaran tiba untuk mewakili Kak Jijah.. (hai.. dah lah lambat.. antaq wakil pulak tu..)

Ramasamy tidak dapat menahan marah apabila beliau dengan lantang berkata kepada Manimaran untuk memberitahu Kak Jijah supaya serius menjalankan tanggungjawab beliau sekiranya menang nanti. Jangan hanya singgah sekali sekala ibarat 'touch and go'. "You will see the ugly side of me." tambah Ramasamy.

Menurut Ramasamy ini kali kedua Kak Jijah gagal hadir dalam majlis yang melibatkan masyarakat India di P.44.

CERITA LANJUT ADA DI SINI

Komen Gades : 
Esok dah nak mengundi.. Kak Jijah nampaknya sengaja cari pasai..
Mungkin Kak Jijah yakin sangat akan menang kot..
 sebab itu tak kisah pun pada kaum India ni.
Kak Jijah.. jangan terlalu sombong.. orang sombong selalu rugi tau..
Contohilah Abang Mie... Mesra dengan semua bangsa...


Fitnah Terbaru untuk PAS #PRKPermatangPauh

Gades benar-benar bersimpati dengan Tuan Guru Presiden PAS.
Ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah memalsukan 
jemputan ceramah perdana oleh Tuan Guru..

hai... Dah habih modai ka sampai sanggup buat macam ni..
Sejak beberapa hari lepas, risalah yang kononnya Tuan Guru Presiden PAS akan mai Permatang Pauh untuk berceramah mula disebarkan. Orang ramai mula tertanya-tanya betui ka Tuan Guru akan mai.


Semua pun dah tau yang kempen PRK Permatang Pauh kali ni menunjukkan Pakatan Rakyat mula tidak sepakat. Isu bermula dengan tindakan AMK menghina Presiden PAS dan jadi kritikal bila Pemuda PAS Pulau Pinang boikot kempen Kak Jijah.


Satu tindakan yang cukup menggentarkan kem PKR kerana mereka tahu selama ini PAS yang lebih banyak menggerakkan kempen dan jentera mereka pada setiap kali pilihanraya dan PKR lebih selesa menjadi tuan kepada PAS.

Maka kerana itulah jentera PKR mula menyebarkan propaganda murahannya kononnya Hadi Awang akan hadir kerana mereka tahu kehadiran ini mampu mengelirukan sebahagian besar penyokong-penyokong PAS untuk mengundi Wan Azizah.

NAMPAKNYA.. SEKALI LAGI PKR CUBA 
MEMPERGUNAKAN PAS 
UNTUK MEMPERBODOHKAN RAKYAT.

Rompin Done, Permatang Pauh Coming Soon #PRKPermatangPauh

Alhamdulillah.. 
BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti undi sebanyak 8,895. Walaupun majoriti undi merosot sebanyak 6,219 berbanding pada PRU 13 (majoriti 15,114), penduduk Rompin dilihat bijak membuat pilihan demi masa depan depa semua.

Gades ingin merakamkan tahniah kepada Datuk Hasan Arifin dan seluruh jentera BN atas usaha dan kerja keras selama ini. Moga Datuk Hasan Arifin dapat meneruskan legasi kecemerlangan Tan Sri Jamaluddin Jarjis membangunkan Parlimen Rompin.

Tun M pun sokong UMNO.. SALUTE....
Debaran PRK Rompin dah berakhir dengan
kemenangan di pihak BN.. 
esok PRK Permatang Pauh pulak.. 
Harapan Gades sudah tentulah pada Abang Mie..

#PRKPermatangPauh
#CukuplahKamiPulak
#MelakarSejarahBaru
#Vote4Mie