Cari Apa?

Rabu, 11 Februari 2015

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh #AnwarVerdict

Dah ternyata bersalah dan hukuman pon dah bermula, makanya hilanglah kelayakan Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Tapi selagi notis kekosongan tidak kemukakan kerusi tersebut masih milik Anwar...Sekarang ni kita tunggu saja pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh SPR selepas menerima notis kekosongan kerusi daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Persoalannya sekarang, siapakah calon PKR yang akan bertanding di Permatang Pauh nanti? Dengarnya anak lelaki Anwar yang bernama Ehsan ni... Betul atau tidak kita tunggu sahaja.

Anwar bersama anak lelakinya Ehsan

Apa pon Gades harap Barisan Nasional boleh letakkan calon yang hebat yang boleh mengalahkan calon dari PR nanti..Walaupon Permatang Pauh tu kubu kuat bagi PKR tapi Gades berpegang pada prinsip tiada apa yang mustahil!!!

p/s : Siapa pulak nak ganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang??? Jengjengjeng....

ANWAR KE SUNGAI BULOH #AnwarVerdict

Rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi...Semalam Mahkamah Persekutuan telah pon menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan..Mahkamah telah sebulat suara mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar Ibrahim dan beliau akan menjalani hukuman tersebut di Penjara Sungai Buloh bermula hari ini.Tapi ada manusia yang masih tidak berpuashati dengan keputusan tersebut dan dengan sengaja memprovok masyarakat untuk menidakkan hukuman itu. Nak jugak rakyat jadi hakim negara.

Rafizi Ramli tak habis-habis nak meroyan..


Ngar Kor Ming pon sama naik jugak..


Ini bukan cerita politik!! Hakim telahpon menjalankan tugasnya secara adil berdasarkan kepada hujah-hujah dan bukti yang ada. kenapa nak menidakkan keputusan hakim dan cuba menghasut rakyat yang kononnya hakim dibayar? Dua orang di atas ni dan mungkin ramai lagi akan disiasat oleh PDRM di bawah Akta Hasutan. Move on dan terimalah kenyataan!!! Mungkin depa nak teman Anwar Ibrahim kat Sungai Buloh kotttt...

Apa-apa pon komen Aznil Hisham kat bawah ni memang WIN!!!! Hihihi...


p/s : sapa bakal pegang kerusi Permatang Pauh????