Cari Apa?

Sabtu, 10 Mac 2012

Anak Malaysia - Hannah Yeoh daftar anak bangsa Cina, Tapi Suami berbangsa India.

Selepas kekecohan pendaftaran bangsa 'Anak Malaysia' anak perempuan yang diberi nama Shay Adora Ram, Adun DAP Subang Jaya Hannah Yeoh membuat keputusan meletakkan anaknya berbangsa CINA walaupun suaminya, Ramachandran Muniandy berbangsa India.

Tiada masalah jika ada pilihan disebabkan pasangan ini dibenarkan memilih bangsa keturunan India atau Cina tetapi orang ramai boleh menilai keputusan yang dibuat oleh ADUN DAP ini dan pubklisiti murahan yang cuba dilakukan oleh Hannah Yeoh sehingga sanggup mengorbankan identiti keturunan India suaminya, Ramachandran Muniandy semata-mata kerana pengaruh politik sempit Chauvinis DAP.

Shay Adora Ram a/p Ramachandran Muniandy (nama penuh jika mengikut keturunan bapa) kini berbangsa cina.

Tetapi Hannah Yeoh, siapakah yang RASIS sebenarnya?

Petikan Malaysiakini.

"Kami diberikan borang untuk diisi. Jadi kami letak 'anak Malaysia' di ruangan 'bangsa' tetapi seorang pegawai berkata bangsa mestilah didefinisikan mengikut keturunan ibu bapa mereka, iaitu Cina atau India,” kata Yeoh (kanan) kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

"Kami jawap anak perempuan kami bukan Cina ataupun India.”


ANWAR HEBAT ! SBPA MANSUH SEBAB PAKATAN



kah ! kah! kah! ... cilako punya Anwar. Macam mana dia boleh dapat idea nie untuk TIPU rakyat ?

Kah! Kah! Kah! ... PM DS Najib yang responsif dan prihatin nasib kakitangan kerajaan, Anwar boleh buat lawak sambil 'masuk bakul angkat diri sendiri' kata "SBPA MANSUH SEBAB PAKATAN" 

Bila Saiful Bukhari dakwa dia diliwat Anwar, tak pulak ngaku. Siap cakap "INI KONSPIRASI UMNO" Tapi DS Najib yang buat kerja, dia pulak cepat-cepat ngaku 'INI KERJA SAYA"

Jadi pemimpin PKR nie kalau tak jadi PEMBOHONG memang TAK SAH. Macam OSTAD PKR yang kantoi meliwat pon pandai berbohong sampai jual nama Istana Pahang.

Memang patut Anwar tak ke Sungai Buloh. Orang gila macam Anwar patut masuk Hopital Bahagia Tanjong Rambutan atau Tampoi.

Macam janji 16 September - Hanya orang GILA percaya janji & cakap orang GILA.



PM: SBPA mansuh, kembali guna Sistem Saraan Malaysia



SHAH ALAM - Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan untuk dilaksana berkuat kuasa 1 Januari lalu, akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Sehubungan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan.

Perdana Menteri juga berkata, sebuah suruhanjaya khas yang terdiri daripada pelbagai pihak akan dibentuk bagi mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam secara menyeluruh.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi ini.

Ekoran bantahan sebahagian besar kakitangan awam dan Cuepacs sendiri, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA awal Januari lalu.

Susulan penangguhan itu, kerajaan menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi melaksanakan semakan semula SBPA dan diberi tempoh tiga bulan untuk membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/pm-sbpa-mansuh-kembali-guna-sistem-saraan-malaysia-1.30407

Petua Menurunkan Berat Badan dengan Cepat

  1. Kunyah makanan lebih lama daripada biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang dan sekaligus mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Kurangkan makanan yang mengandungi gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih dan makanan ringan.
  3. Sekiranya berasa lapar, makan hanya sedikit nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan syur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
  4. Jangan makan lewat malam.  Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan berasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurukan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
  7. Kawal nafsu makan kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
  8. Kalau masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan malam.
  9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia kalau anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau jogging di padang permainan. Obektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih  jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  11. Buatkan senaman 'sit-up' dan 'push-up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit-up' dan 'push-up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik.