Cari Apa?

Khamis, 14 Februari 2013

MARI SELAMATKAN AQIDAH hamPAS

Tudiaaa... Dr. Hasan Ali mengamuk lagi kat Penang... hehehe~

CERAMAH UMUM - AKHLAK & AQIDAH bertempat di Dewan SMK Pondok Upeh, Balik Pulau pada 20 Februari 2013 (RABU)....


Bicara Penang : Jemput datag ramai-ramai nooooo!!! Demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA~

PUTRAJAYA Jadi Rebutan PAS



Bicara Gades: Dulu putrajaya satu pembaziran...sekarang sanggup buat apa sahaja janji dapat tawan Putrajaya... Ahhaiii la PAS...

Tanah kubur Hindu Batu Kawan Dirampas


Berdepan restoren Hai Siang Seafood di Jalan Besar Simpang Ampat Seberang Perai, satu bantahan telah di buat semalam tenghari (09/02/2013) oleh kaum India terhadap pengambilan tanah perkuburan India yang akan dirampas dan diberikan kepada Hindu Endowment Fund Pulau Pinang.

Bantahan yang diketuai oleh MV Mathuyalagan a/l Veeriah yang merupakan Pengerusi IPF Bhg Nbong Tebal, turut disertai oleh seramai 40 orang penduduk Ladang Batu Kawan, Ladang Celdonia dan Simpang Ampat serta pemimpin MIC Batu kawan.


Pengambilan tanah perkuburan India Ladang Batu Kawan ini melibatkan sebanyak 4 ekar tanah. Ia menyerupai bagaimana tanah ladang yang telah diberikan untuk kaum India untuk perumahan mereka dicilok Xavier dan Sivarasa untuk tujuan lain dari perumahan mereka dengan menggunakan salahkuasa pihak negeri.

Ketika sidang akhbar, M.V Mathialagan menjelaskan bahawa penduduk tidak puashati dengan perampasan tanah kubur orang India dan Prof P. Ramasamy tidak ada kuasa sebagai Timbalan Ketua menteri II untuk cmpur tangan dan hanya menjadi budak suruhan untuk memberitahu mereka telah mengambil alih tanah perkuburan India Ladang Batu Kawan



Hindu Endowment Board akan berada di bawah kuasa kerajaan negeri dan pihak kuil Batu kawan hatrus berunding dengan Hindu Endowment Board.

Terima kasih kepada: The Unspinners