Cari Apa?

Khamis, 17 Januari 2013

ISU KALIMAH ALLAH : Mat Sabu Terpaksa Setuju Dgn Majlis Syura PAS


Kota Bahru, 15 Jan -- Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong peggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS iaitu Allah tidak boleh dignakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagau Mat Sabu, berkata pendiriaanya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bibile versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

"Pendirian saya sama macam pendirian Majlis Syura (Ulama PAS)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat PAS Kota Bharu di sini, malam tadi.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemahkan perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna. -- BERNAMA


Bicara Gades: Kan dah cakap daripada awal... Haduiii laaa Kepimpinan PAS oyyyy~ Pertahankanlah kesucian dan martabat Islam... Cukup-cukup la tu dah menyebabkan perpecahan ummah.. Jangan ditambah lagi masalah-masalah lain...