Cari Apa?

Selasa, 16 Julai 2013

Bapa Ubah???

Bapa Kemerdekaan - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (UMNO)
Bapa Pembangunan - Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (UMNO)
Bapa Perpaduan  - Allahyarham Tun Hussein Onn (UMNO)
Bapa Pemodenan - Tun Dr Mahathir Mohamed (UMNO)
Bapa Pembangunan Modal Insan - Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi (UMNO)
Bapa Transformasi - Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (UMNO)

Tiba-tiba...ehh??

BAPA UBAH - Ooi Leng Hang (DAP)?? 
Siapa individu ini? Beliau adalah pereka patung burung UBAH yang dilancarkan di laut Pulau Pinang beberapa hari lalu. Begitu besar sekali jasa beliau memberi sumbangan kepada negara sehingga menghabiskan RM60,000 hanya untuk membuat patung sekaligus dinobatkan sebagai BAPA UBAH oleh Lim Kit Siang.. Wowww!! Marvelous!!
http://roketkini.com/2013/07/15/%E2%80%98ubah-air%E2%80%99-simbolik-ke-arah-negara-lebih-baik-lim-kit-siang/

Pemohonan Maaf Alvivi Bak Kut Teh



Harap yang lelaki tu je beria-ia baca skrip minta maaf. Yang perempuan tu "Nama saya Vivian" je. Hohhhh.. Kenapa tak senyum beria macam dalam poster Bak Kut Teh hangpa tu?

Raja Azmi bertunang...


Actually, hot jugak si pengarah filem ni ya. Macam anak dara pulak. Jangan la fikir yang bukan-bukan tentang beliau. Beliau nak buat benda baik, yang disukai oleh agama. Tahniah Raja Azmi..Taklah macam si Tuut tu (nama dirahsiakan). Sebenarnya si Tuut (nama dirahsiakan) tu la yang patut jadi pelakon utama filem arahan Raja Azmi "Tuut Dalam Botol".. Mesti melimpah ruah award sampai diangkat jadi pelakon Hollywood. Hihihi...

Apa persamaan Singapura dan Pulau Pinang?


PULAU BATU PUTIH

...Shawkat berkata, mahkamah berpendapat bahawa tindakan-tindakan Singapura termasuk menyiasat kemalangan marin di perairan pulau tersebut, kawalan mereka terhadap siri lawatan, pemasangan peralatan komunikasi kapal dan pelan penambakan lautnya jelas menunjukkan wujud a titre de souverain (tindak tanduk yang menunjukkan ia mempunyai kedaulatan) terutama selepas tahun 1953.
Malaysia, katanya, tidak menunjukkan tindak balas dalam bentuk apa sekali pun terhadap kegiatan-kegiatan Singapura malah pihak berkuasa Johor gagal melakukan sebarang tindakan ke atas Pulau Batu Putih bermula dari Jun 1850.
Lebih daripada itu, jelas beliau, keputusan mahkamah memihak kepada Singapura didorong oleh fakta republik itu bertindak mengeluarkan kebenaran kepada pegawai-pegawai dari Malaysia yang datang ke pulau berkenaan pada tahun 1978 bagi menjalankan kajian perairan di sekeliling Pulau Batu Putih.


ISU BEKALAN AIR MALAYSIA-SINGAPURA


....Selepas kira-kira 30 tahun perjanjian tersebut ditandatangani, isu air timbul semula apabila Singapura menyatakan hasrat untuk menyambung perjanjian air ke satu tempoh lagi tetapi enggan menerima penetapan kadar baru oleh kerajaan Malaysia.
Singapura hanya bersetuju membayar pada kadar 45 sen sehingga tahun 2011 dan 60 sen mulai 2011 sehingga 2061, dan harga yang sama berterusan sehingga 100 tahun selepas itu.
Malaysia pula mengemukakan syarat, Singapura perlu membayar 60 sen dari 2002 hingga 2007, dan dinaikkan kepada RM3 sehingga 2011. Manakala selepas 2011, satu formula baru akan diguna pakai bagi menetapkan kadar yang perlu dibayar oleh Singapura.
Singapura dikatakan menolak cadangan untuk mengadakan perjanjian tambahan bagi meminda harga air, sedangkan dalam perjanjian air 1961 dan 1962 itu terdapat peruntukan bahawa selepas 25 tahun, Malaysia boleh mengkaji semula harga.
Malaysia sebenarnya ingin mencantumkan kedua-dua perjanjian itu dengan satu formula sehingga 2061, kemudian mengadakan satu perjanjian baru bagi tempoh 100 tahun selepas itu.
Hakikatnya, Singapura menggunakan pelbagai alasan untuk meremehkan hak Malaysia mengkaji semula harga air tetapi pada masa yang sama menuntut kita akur pada kehendak mereka.



PULAU PINANG DAN KEDAH

...Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsuddin Mohd. Yusof melalui kenyataannya kepada Bernama mencadangkan agar Kedah menuntut semula Pulau Pinang
‘‘PSMCK mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.Cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.
“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak. Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan.
Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.
Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.
Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.


ISU AIR KEDAH-PULAU PINANG


...Baru-baru ini Lim berkata kerajaan negeri tidak akan membayar caj air mentah yang diminta Kedah dengan alasan air anugerah Tuhan adalah percuma dan mengikut undang-undang antarabangsa negeri itu tidak perlu membayar sesen pun kepada Kedah.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga berkata air yang diambil oleh syarikat bekalan air negeri itu adalah dari sungai sebelah negeri itu, bukan dari Kedah.
Kerajaan PAS sebelum PRK13 lalu telah mengambil tindakan untuk mengenakan caj air mentah sebanyak RM20 juta setahun kepada Pulau Pinang.Antara alasan kerajaan negeri Kedah mengenakan caj tersebut ialah bagi menampung kos penyelenggaraan sungai dan kawasan tadahan hujan di kawasan empangan Pedu yang membekalkan air ke Sungai Muda.