Ok kali ni Gades tak nak tengok dari aspek Yahudi. Sebab Gades nak bincang dari aspek seksualiti.
Amerika ada 50 negeri kan? Tahukah anda bahawa sehingga 2013, 32 negeri di sana mengiktiraf perkahwinan sejenis? Hanya 18 masih kekal dengan undang-undang asal.
Apabila Anwar, yang pernah aktif dalam ABIM dan perjuangan Islam tidak pernah sekali pun menolak kempen LGBT di Malaysia malah mengatakan kecenderungan seksual adalah hak individu, anda nampak tak 'sesuatu' di situ?
Kot-kot lupa mai tengok sini
Masih tak nampak?
Apabila Wan Azizah datang berceramah di Galeri Pejuang di Cherok Tokun depan White House depa tu sambil menangis air mata palsu dan mengatakan 'Saya perlu berbakti kepada suami saya kerana saya mencari redha Allah' sedangkan anaknya Nurul Izzah kata Melayu perlu diberi hak untuk memilih agama sendiri, anda nampak tak 'sesuatu' di situ?
Khas untuk penduduk Penang dan Permatang Pauh, kalau Anwar dipenjarakan, cukup-cukuplah anda memilih ahli Parlimen dari PKR lagi. Selama ni pun tak ada perubahan apa-apa pun di Permatang Pauh. Anwar balik hanya untuk buat muka belas dan rai majlis-majlis saja. Pernah ke dia ada di mesyuarat-mesyuarat JKKK? Mesyuarat-mesyuarat kecil yang lain ada ke?
Tu jalan raya di Permatang Pauh. Dok berlubang-lubang lagi, Jalan tanah merah pun bertahun dah kekal tanah merah sampai sekarang. Rumah kedai tepi simpang 3 di Permatang Pasir tu sampai la pun masih la dok keadaan macam tu jugak,
Nak sakit hati tara mana sangat dekat UMNO? Kalau marah pemimpin UMNO Permatang Pauh yang dulu, yang sekarang tak semestinya sama dengan yang dulu juga.
Macam nak beli kereta la, orang bagi test drive dulu kan? Tak sedap jangan beli.
Bagi la peluang kat orang baru tunjuk kemampuan dia. Kalau dok bina kubu PKR ja kat Permatang Pauh tu tapi hangpa tak dapat hasil apa-apa pun, buat apa?
Keluarga ni huru hara. Mak bapak anak sama ja bahana. Depa dah nampak dah depa akan hilang kedudukan. Awal-awal lagi Anwar pelari Wan Azizah ke Kajang. Kenapa dia tak biar Wan Azizah gantikan dia macam dulu? Kot nak letak anak dia kat situ pun takdak jugak.
Depa tak peduli pun pasai Permatang Pauh selama ni. Sekarang depa nak tinggalkan hangpa. PKR ni macam ni la bila dah tersepit.
Anda pula bagaimana? Nak PKR lagi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan