Cari Apa?

Khamis, 13 November 2014

Mak Nyah, Pondan, Bapok

Dalam bahasa kasarnya golongan lelaki yang nak jadi perempuan ni dipanggil Mak Nyah, Bapok ataupon Pondan...Tapi kalau nak lembut sikit golongan ni dipanggil Transgender...Maka, tergeliatlah lidah orang kampung Gades nak menyebutnya...


Isu transgender ni memang dah berleluasa kat Malaysia ni...Golongan ni cakap depa adalah perempuan yang terperangkap dalam tubuh lelaki...Depa pon tak mintak dikurniakan perasan ini...Hanya depa saja yang memahami apa yang depa rasa..



Oleh sebab depa ni dah buat havoc, maka banyaklah macai-macai ni yang salahkan kerajaan pasaipa luluskan rayuan depa untuk berpakaian seperti wanita..Kat sini Gades nak highlightkan beberapa isu untuk bukak mata hampa semua...Jangan asyik nak salahkan kerajaan jaaaa....


1. Meletakkan kesalahan atas bahu kerajaan pemerintah apabila mahkamah memihak kepada transgender adalah tak benar sebab kerajaan tak campur urusan mahkamah berdasarkan konsep pengasingan kuasa..


2. Malaysia mempunyai 3 badan iaitu badan legeslatif, badan eksekutif dan badan kehakiman. Setiap satu mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dan melaksanakan kuasa tanpa tekanan dari badan yang lain.


3. Kabinet mempunyai tanggungjawab merangka dasar dan melaksanakan urusan pentadbiran. Namun, dalam melaksanakan tugsan tersebut, Kabinet perlu mendapat punca kuasa.


4. Punca kuasa tersebut adalah melalui Perlembagaan Malaysia, Undang-Undang dan Akta yang dibahas dan diluluskan Parlimen. Parlimen itu sendiri terdiri dari wakil rakyat pro kerajaan dan pembangkang yang dipilih melalui pilihanraya serta ahli-ahli yang dilantik oleh YDPA.



5.Badan Kehakiman seperti yang sedia maklum berperanan melaksanakan urusan penghakiman dan memberi keadilan berdasarkan undang-undang yang diluluskan di parlimen secara bebas tanpa gangguan dari badan eksekutif dan legislatif.



6.Dalam isu transgender baru-baru ini, kerajaan pemerintah tidak meletakkan tekanan atau mengarahkan mahkamah rayuan untuk memihak kepada kumpulan transgender.



7. Sebagai tanda tidak bersetuju dengan keputusan tersebut, kerajaan pemerintah melalui Menteri di Jabatan perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan media bertarikh 9 November 2014 bahawa kerajaan akan memohon semakan keputusan Mahkamah Rayuan dan akan di bawa ke Mahkamah Persekutuan, yang merupakan mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman di Malaysia.


8. Dengan pengasingan kuasa ini, rakyat boleh melihat bahawa ada juga kes-kes yang gagal dimenangi oleh kerajaan dan ada juga kes yang dimenangi oleh pihak yang menentang kerajaan. Keadilan ditegakkan oleh Hakim yang bebas daripada tekanan politik.


9. Untuk mencemuh Hakim kerana memihak kepada kumpulan transgender secara tanpa usul periksa juga tidak adil. Hakim yang adil akan mendengar keterangan daripada kedua-dua belah pihak.



10. Untuk mengetahui pertimbangan yang dibuat oleh Hakim, orang awam boleh melihat kepada dokumen penghakiman bertulis yang dikeluarkan selepas Hakim membaca keputusan. 


Dah baca semua 10 penerangan di atas? Jadi Gades harap hampa semua paham lah macam mana sesuatu urusan atau keputusan tu di buat. Janganlah asyik nak salahkan kerajaan jaaa... P belajaq dulu baru boleh buat kesimpulan.. 

Ni sifir 9 pon tak hafal ada hati nak jadi Hakim Negara konon. Puuuiiii!!!

Tiada ulasan: