Cari Apa?

Isnin, 24 Jun 2013

Siapa kata BN tidak adil?

CINA KENA KIKIS TANGGAPAN HANYA SATU KAUM DIBANTU




Kita kerap lupa, walaupun kaum Cina dianggap pakar ekonomi, hakikatnya bukan semua berjaya. Sindrom keterlupaan ini berlaku bukan sahaja kepada Melayu, malah kepada kaum Cina sendiri. Kenapa kita lupa? PERTAMA, kerana Melayu kerap rasa terpinggir dari aspek ekonomi dan sentiasa mahu dibantu. KEDUA, kerana Cina juga kerap rasa terpinggir dan menyangka hanya Melayu yang dibantu oleh kerajaan.
Hakikat yang kurang, atau lebih tepat disebut sebagai TIDAK disedari oleh orang ramai adalah, kaum Cina juga dibantu oleh Barisan Nasional. MCA melalui Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) milik parti itu, berusaha membantu usahawan pelbagai kaum terutamanya Cina untuk menyertai Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Projek Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM).



Malangnya, kebanyakan masyarakat Cina mempunyai minda yg skeptikal dan berpendapat apa saja program kerajaan hanyalah untuk membantu Bumiputera dan tidak berminat dan tidak yakin dengan koperasi dan hal ini diakui oleh Presiden MCA sendiri,  Datuk Seri Chua Soi Lek.
Pengajaran di sini ialah, DAP ada ke koperasi sebegini berbanding MCA yang merupakan parti berasaskan Cina tetapi berjaya dan mahu membantu ekonomi pelbagai kaum di Malaysia? Mulai sekarang, lebih banyak penerangan tentang usaha kerajaan perlu dilakukan terutama oleh MCA yang semakin hilang taring di kalangan masyarakat Cina sendiri.

Kredit: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Cinakenakikistanggapanhanyasatukaumdibantu/Article

Tiada ulasan: