Cari Apa?

Isnin, 24 Jun 2013

Batang penyapu masuk dubur..erkk?


Tak...ini tak ada kena mengena dengan si Tuutt (nama dirahsiakan) tu. Tapi untuk berkongsi dengan anda tentang kejadian terbaru di Kuala Terengganu semalam. Diringkaskan begini. Dua orang remaja 14 tahun di asrama sebuah pondok pengajian agama bermain. Yang sorang bergayut di pintu, yang sorang acah penyapu. Yang bergayut lepaskan tangan, yang mengacah tak mengelak. Maka tertusuklah penyapu itu ke dalam dubur yang bergayut mengakibatkan ususnya bocor.
Ok..memang benda dah jadi. Tapi pengajaran untuk semua orang, penyapu bukan alat mainan manakala pintu bukan tempat bergayut. Punyalah banyak benda boleh buat, mengaji, baca kitab..penyapu jugak yang dituju. Sudahnya badan menanggung seksa, masa depan entah macamana. 

Tiada ulasan: