Cari Apa?

Isnin, 24 Jun 2013

AS tak minat campur hal politik Malaysia

Ok...ini Anwar kata beberapa bulan yang lalu. Tapi kelmarin, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Datuk Paul Jones, menuturkan bahawa
"Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak atau memberi bantuan kepada sesiapa. Pilihan raya adalah urusan di dalam negara ini dan kami tidak terbabit."


Adakah kegilaan dan keobsesan untuk menjadi Perdana Menteri telah benar-benar menyebabkan Anwar Ibrahim menjadi gila?

Kredit : 




Batang penyapu masuk dubur..erkk?


Tak...ini tak ada kena mengena dengan si Tuutt (nama dirahsiakan) tu. Tapi untuk berkongsi dengan anda tentang kejadian terbaru di Kuala Terengganu semalam. Diringkaskan begini. Dua orang remaja 14 tahun di asrama sebuah pondok pengajian agama bermain. Yang sorang bergayut di pintu, yang sorang acah penyapu. Yang bergayut lepaskan tangan, yang mengacah tak mengelak. Maka tertusuklah penyapu itu ke dalam dubur yang bergayut mengakibatkan ususnya bocor.
Ok..memang benda dah jadi. Tapi pengajaran untuk semua orang, penyapu bukan alat mainan manakala pintu bukan tempat bergayut. Punyalah banyak benda boleh buat, mengaji, baca kitab..penyapu jugak yang dituju. Sudahnya badan menanggung seksa, masa depan entah macamana. 

Siapa kata BN tidak adil?

CINA KENA KIKIS TANGGAPAN HANYA SATU KAUM DIBANTU




Kita kerap lupa, walaupun kaum Cina dianggap pakar ekonomi, hakikatnya bukan semua berjaya. Sindrom keterlupaan ini berlaku bukan sahaja kepada Melayu, malah kepada kaum Cina sendiri. Kenapa kita lupa? PERTAMA, kerana Melayu kerap rasa terpinggir dari aspek ekonomi dan sentiasa mahu dibantu. KEDUA, kerana Cina juga kerap rasa terpinggir dan menyangka hanya Melayu yang dibantu oleh kerajaan.
Hakikat yang kurang, atau lebih tepat disebut sebagai TIDAK disedari oleh orang ramai adalah, kaum Cina juga dibantu oleh Barisan Nasional. MCA melalui Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) milik parti itu, berusaha membantu usahawan pelbagai kaum terutamanya Cina untuk menyertai Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Projek Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM).



Malangnya, kebanyakan masyarakat Cina mempunyai minda yg skeptikal dan berpendapat apa saja program kerajaan hanyalah untuk membantu Bumiputera dan tidak berminat dan tidak yakin dengan koperasi dan hal ini diakui oleh Presiden MCA sendiri,  Datuk Seri Chua Soi Lek.
Pengajaran di sini ialah, DAP ada ke koperasi sebegini berbanding MCA yang merupakan parti berasaskan Cina tetapi berjaya dan mahu membantu ekonomi pelbagai kaum di Malaysia? Mulai sekarang, lebih banyak penerangan tentang usaha kerajaan perlu dilakukan terutama oleh MCA yang semakin hilang taring di kalangan masyarakat Cina sendiri.

Kredit: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Cinakenakikistanggapanhanyasatukaumdibantu/Article

Melayu, Islam sebati UMNO

MAT SABU AKUI PENGUNDI BUMIPUTERA SUKAR DIJERAT JANJI PAKATAN



Semalam telah berlangsung Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di Ampang di mana Mat Sabu mengakui kepercayaan dan kesetiaan Melayu kepada UMNO merupakan batu penghalang kepada impian  pembangkang menawan Putrajaya.
"PRU13 yang lalu kita lihat di saluran satu yang pengundinya orang tua, mengundi UMNO. Di saluran enam, pengundi orang muda juga memilih UMNO. Bagi orang Melayu, UMNO masih dianggap pelindung Melayu dan Islam."
Soalnya sekarang, PERTAMA, masihkah pakatan pembangkang buta bahawa Melayu dan UMNO adalah satu dan tiada gunanya dipisahkan? KEDUA, mampukah pakatan pembangkang menjamin kedudukan Melayu dan Islam di Malaysia sedangkan kepala pembangkang (Anwar Ibrahim yang kad pengenalannya menyatakan bangsanya Melayu) sekeluarga sendiri telah berkali-kali menyeru kepada kesamarataan dan penghapusan hak istimewa Melayu manakala mana-mana individu berhak memilih agama kesukaan mereka termasuk menolak Islam atas alasan tiada paksaan dalam beragama? KETIGA, adakah UMNO akan terus bermimpi di siang dan malam hari dan menari poco-poco di waktu petang sedangkan pelbagai pelan dan strategi sedang dirangka oleh pakatan pembangkang untuk menembusi benteng pertahanan UMNO yang diakui amat sukar untuk dipecahkan? KEEMPAT, sampai bila UMNO akan terus percaya Melayu tidak akan berubah hati menyokong UMNO kerana bangsa ini ibarat span yang menyerap apa saja cecair yang bermaksud perubahan mungkin berlaku pada PRU14 nanti?
Pengajarannya, kini pakatan pembangkang sedang gelisah. UMNO perlu terus berusaha mengikat kesetiaan dan kepercayaan Melayu kepadanya sampai bila-bila. Bermuhasabahlah...
Kredit : http://www.bharian.com.my/

Rabu, 19 Jun 2013

Syiah, PAS, dan dot dot dot...

PAS oh PAS...Kalau mengaku Islam, jadilah Muslim yang baik, mengajar dan menyeru kepada kebaikan dan mengEsakan Allah swt. Apa nak jadi Malaysia sekarang ni? Apa PAS dah buat kat Islam di Malaysia ni? Sepatutnya kalau nampak tak betul, tegurlah. Bukan ka ada majlis Syura dalam PAS tu? Bukan ka Niz Aziz pandai buat fatwa? Tang syiah ni pasai apa diam? Habih dah ka stok fatwa putaq? Tuu..tuu..gambaq sapa yang dijunjung tinggi tu? Tak pernah pulak tengok UMNO buat perangai buruk macam ni.
Orang Melayu ni semua nak serap. Macam-macam budaya serap. Bukan nak guna otak Allah bagi untuk fikir buruk baik. Lepas tu semua salah BN. Padahal warna hijau bulan putih tu BN ka? Nampak sangat Nik Aziz perasan selama ni..padahal gambaq orang lain yang dijulang ke langit.

Kredit:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130619/dn_03/KDN-bantu-kekang-fahaman-Syiah

Kalau tak faham tengok sini >http://syiahmalaysia.blogspot.com/

Nak lagi jelas tengok sini pulak >http://www.inigoblogpolitik.com/2012/10/pengaruh-syiah-dalam-pas-merebak-bagai.html

Potret kenangan...buat yang sudi...







Blackout 505 apa lagi???


DAP Nafi 'Blackout' Di Bentong 5 Mei Bukti Anwar Gunakan Red Bean Army Cetus Keraguan Rakyat


                                                                  
Si YB Ketari kata ini mainan media siber nak kelirukan rakyat...tapi apa pasai yang si Lebai Putaq Alam Anwar Ibrahim tu pulak dok jugak pukul canang YAAAA KITA BANTAH BLACKOUT..YB DUN tu terang-terang dah kata TAKDAK!!! Awat Bang Non tak kata Permatang Pauh yang blackout???
Yang hangpa pun ikut terputaq sekali dengan Mat Putaq ni!! Baguihh!!

p/s: Hei combi..nanti anak hang tanya mak buat apa tang tu.. apa hang nak jawab? Dak aih...saja cari glamour..

Isnin, 17 Jun 2013

Renung Sejenak..

Diberi susu dan madu... (Ambil... Jangan tak ambil)
Dibalas racun dan najis... (Tak apalah..sabar...)
Terus bagi susu dan madu...

Pulau Pinang Pasca PRU13

Biar gambar berbicara...
 JAMBATAN KEDUA RUNTUH



OMBAK BESAR



RIBUT DAN ANGIN KENCANG