Cari Apa?

Isnin, 15 April 2013

Selain PKR, DAP Juga Ada Agenda Jahat #PRU13 Nanti #TolakPR #savepenang #TolakDAP

Sebelum ini, satu pendedahan mengenai perancangan jahat untuk menimbulkan keadaan kacau dan panik oleh PKR telah didedahkan.. 


Kekecohan yang dirancang akan bermula sejak awal pagi lagi. Beberapa orang peguam muda sudah dikenalpasti untuk bertindak sebagai EJEN PILIHANRAYA, tetapi sebenarnya mereka akan melakukan protes awal kepada SPR sejak pusat pengundian dibuka. Seramai 50 orang peguam muda sudah diberikan tanggungjawab untuk merosakkan imej SPR di hari pertama tersebut.

Kawasan nukleus panas PRU13:-

1) Gombak
2) Lembah Pantai
3) Permatang Pauh
4) Setiawangsa
5) Wangsa Maju
6) Bagan Serai
7) Bukit Katil
8) Muar
9) Pandan
10) Sabak Bernam

Baca detail DISINI

Sekarang, bukan sahaja pendedahan  jahat PKR, malah DAP juga mempunyai perancangan jahat tersendiri..


Dibawah ini adalah emel penuh daripada seorang pembaca yang begitu risaukan tentang masa depan anak bangsa dan agamanya. Kami merasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda bagi tujuan untuk kita muhasabah kembali peranan kita sebagai khalifah Allah di bumi Malaysia tercinta ini. Hayati dan sebarkanlah kepada sahabat-handai dan saudara-mara demi memastikan martabat Islam dan maruah orang Melayu sentiasa terpelihara sehingga ke hujung masa nanti, Insya-Allah:


1. Pada hari ini, saya telah mendapat satu maklumat yang agak mengejutkan daripada kenalan saya yang bekerja di Singapura dan juga merupakan antara orang kuat Parti PAP.

2. Beliau telah mendedahkan (sengaja atau tidak saya tidak tahu) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas.

3. Keistimewaan ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor.

4. Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAPsepanjang tempoh berkempen. Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP.

5. Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.6. Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.

7. Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia. - SUMBER


Bicara Gades: Semoga Allah swt melindungi Malaysia daripada orang-orang yang berniat jahat.

Tiada ulasan: