Barisan Nasional (BN) menampilkan 33% muka baru untuk kerusi Parlimen dan 49% bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), umum Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Pengerusi BN menyifatkan senarai penuh calon BN kali ini adalah yang terbaik pernah dibariskan dengan mengambil kira aspirasi rakyat yang mahu melihat perubahan.
Menurut Perdana Menteri, bagi kerusi Parlimen sahaja sebanyak 91 peratus tenaga profesional yang memiliki sekurang-kurangnya diploma ditampilkan sebagai calon termasuk golongan ulama. - sumber mymassa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan