Cari Apa?

Ahad, 6 Januari 2013

PAS PULAU PINANG MARAH FATHER JOSEPH LIM GUAN ENG????!!!!



Jumaat lepas, Pemuda Pas Pulau Pinang telah melancarkan kempen tandatangan utk menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong utk meminta Baginda campur tangan bagi mempertahankan kesucian kalimah Allah yang mana hanya eklusif untuk orang Islam di Malaysia. Bukan untuk kegunaan agama lain. Isu ini menjadi lebih besar kerana Father Joseph Lim Guan Eng dalam ucapan sempena tahun barunya telah menambahkan lagi kemarahan umat Islam di Malaysia apabila meminta Kerajaan BN bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam Kitab Bible versi Bahasa Melayu.



Mohamed Hafiz yang juga bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang juga menggesa Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau secara peribadi menyokong penganut agama lain menggunakan kalimah Allah. Sdr Hafiz Nordin mendakwa bahawa Mujahid pernah membuat kenyataan itu dalam satu dialog di sebuah gereja di Butterworth tiga tahun lalu. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa tidak menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bersetuju agar penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH. Menurut Mujahid, kenyataan tersebut adalah berlandaskan fekah.


Bicara Gades: Wahai orang-orang islam... Bersatulah kita menetang segala kejahilan dan ajaran sesat PAS. Janganlah kamu menjual agama, bangsa dan negara hanya semata mata kerana wang ringgit dan pangkat terutamanya hanya kerana politik murahan...semoga ALLAH merahmati perjuangan kita.. amin. 

Tiada ulasan: