Cari Apa?

Jumaat, 1 Februari 2013

Dr. Maza Bakal Dilantik Sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang?






...PKR akan meletakkan calon bagi DUN Penanti seorang wanita yang bekerja di Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah iaitu Puan Maisarah Che Ani. Tetapi atas sebab-sebab tertentu beliau terpaksa menolak (mungkin masalah pribadi atau suami tak mengizinkan).


Oleh kerana PKR ketandusan calon yang berwibawa jadi Anwar Ibrahim sedaya upaya memujuk Bekas Mufti Perlis Dato' Dr Zainal Asri atau Dr.Maza untuk diletakkan sebagai calon Penanti dan beliau dijanjikan tempat Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang jikalau memenangi kawasan tersebut.



Tindakan itu terpaksa dibuat kerana Anwar merasakan peluang untuk menawan Penanti amat sukar kerana sokongan kepada PKR semakin pudar dan harapan untuk menang begitu tipis yang mana beliau melihat saudara Ibrahim Ahmad @ Art Burger (Penyelaras Dun Penanti) bekerja bersunguh-sunguh mendekati pengundi perbagai bangsa,ini yang merisaukan Anwar Ibrahim.


Apakah Dr.Maza setuju dengan pelawaan Anwar itu, PB rasa kalau beliau sangup bersekongkol dengan DAP maka kita tahulah setakat mana perjuangan beliau dalam memertabatkan Islam dan rela mengadaikan Islam sama seperti Mat Sabu yang dilihat cukup sokong dengan Guan Eng tanpa berani membantah demi elaun sebagai APJ PBA - Penanti Bangkit

Tiada ulasan: