Cari Apa?

Jumaat, 12 Oktober 2012

SHAHNON AHMAD - PAS PAK TURUT, DAP BOS!!


Prof Emeritus Shahnon Ahmad , Ahli PAS Seumur Hidup


GELUGOR 11 Okt -Perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad. Beliau yang juga Sasterawan Negara berkata, apa yang dilakukan PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuangkan Islam.

Beliau juga menyatakan PAS sebagai tersesat haluan selepas bekerjasama deseharusnya tidak bersama-sama DAP memandangkan asal mula PAS sudah jauh berbeza. 

Amat menyedihkan kerana kerjasama PAS dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam, katanya.

“Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam, kalau mereka hendak bekerjasama dengan PAS,” katanya.Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Sik, berkata dasar PAS sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.

Bicara Gades: Bersatulah Melayu demi perjuangan Islam, itulah seelok-eloknya!!~

Tiada ulasan: