Semenjak Pilihanraya Umum 2008, politik negara menjadi semakin tegang antara parti- parti kerajaan dan pembangkang.
Bermula dari detik itulah juga, rakyat semakin tertekan dengan jenaka politik yang dibawa dan yang pernah dijaja PR sebelum meraih bonus undi yang memeranjatkan. Banyak janji ditabur dan banyak janji tidak ditepati.
Sedar ataupun tidak pakatan haprak sebenarnya menjadi duri dalam daging kepada kerosakan perpaduan rakyat yang telah dikecapi selama lebih 50 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan di bawah pemerintahan kerajaan Persekutuan, Barisan Nasional (BN).
Dengan adanya PAS, agama Islam dipolitikkan dan dengan mudah maruah agama dicampak merata. Adanya PKR pula, perpaduan rakyat Malaysia semakin terhakis dan dengan adanya DAP, rakyat Malaysia semakin biadap dan sesuka hati mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman. Sekiranya kita tengok balik, sebelum ini rakyat tidak mempunyai sikap rasict.. Tetapi, semenjak PR memerintah di lima buah negeri, rakyat Malaysia semakin biadap dan tidak mempunyai nilai-nilai murni dalam diri mereka. Ini baru 5 tahun memerintah, sekiranya 10 tahun, mungkin rakyat akan tidak lagi mempunyai sifat perikemanusiaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan