Cari Apa?

Ahad, 8 Julai 2012

JALAN OH JALAN...

Semalam Gades round-round dari Tanjung ke Seberang Perai Selatan. Rasanya dah lama sangat tak meronda Pulau Pinang. Maklumlah banyak sangat kerja nak diselesaikan. Dah lama tak ronda-ronda negeri naungan Khalifah Lim Guan Eng ni. Teringin pula Gades nak pergi ke Tanjung Piandang, Perak. Pandu punya pandu, terfikirlah di benak Gades betapa berbezanya Pulau dan Tanah Besar. Mungkin orang lain tak nampak. Apa bezanya?

JALAN RAYA

Anda yang tidak tinggal di negeri ini mungkin tak nampak perkara ni. Mungkin tak perasan pun. Kenapa JALAN RAYA? Ok...biar Gades terangkan.

Ketika Gades memandu di Pulau, perjalanan begitu lancar. Hampir tak ada lubang di atas jalan (Kalau ada pun mungkin satu dua). Orang kata...'sedap' drive. Maklumlah, pulau peranginan dan pusat pelancongan. Mestilah jalan raya sentiasa dalam keadaan baik. Gades terus memandu dan memandu. Naik jambatan menuju ke Seberang Perai Selatan. Sehingga sampai di Tol Jawi. Maka bermulalah bumpy road adventure Gades di Seberang Perai Selatan.

Wahhh!! Berbezanya Pulau dan Tanah Besar. Ini masih Pulau Pinang ke? Bukan Gades nak racist atau bersikap perkauman. Tapi di kawasan yang mempunyai majoriti kependudukan bukan Melayu, yang begitu bersungguh-sungguh menyokong Khalifah Lim Guan Eng, sungguh HEBAT pembangunan dan JALAN RAYA nya. Tetapi di kawasan yang majoriti kependudukannya adalah Melayu, yang begitu bersungguh menyokong Khalifah Lim Guan Eng dan bendera hijau bulan putih, sungguh TERUK pembangunan apatah lagi JALAN RAYA nya. Hairan ya...Apa kerajaan Khalifah Lim Guan Eng buat dengan hasil negeri selama 5 tahun pemerintahannya? Jalan raya pun tak mampu baiki. Ini negeri bukan hanya sebuah pulau saja ya...

Tak percaya? Sila memandu sendiri di Pulau Pinang. Jangan hanya masuk ke Pulau dan berkata "Wah! Indahnya Pulau Pinang". Tapi pandulah kenderaan anda ke semua lima daerah di negeri ini.

Mungkin "Wah!!" pun anda tak mampu nak sebut lagi.

Bersambung...

p/s : Semalam hujan lebat. Jadi Gades tak dapat mengambil gambar yang 'cool' untuk tatapan anda.

Tiada ulasan: