Teruja Gades membaca berita hangat kebelakangan ini. Of course mengenai hal ehwal semasa Pulau Pinang.
Parking Kancil lah, pembangunan melampau di lereng bukit lah, dan terbaru... SKANDAL LGE-Phaik Keng vs KONFLIK LGE-Betty Chew-Phaik Keng.
Hmm...satu persatu kontroversi ditimbulkan Ketua Menteri yang begitu berharapan besar nak jadi Perdana Menteri ini. Parking Kancil ini duit rakyat wahai Ketua Menteri LGE. Lebih baik duitnya digunakan untuk membantu penduduk yang susah, yang tinggal di celah-celah dan di sebalik bangunan mega tinggi di Pulau Pinang ini. Gades nak ambil contoh paling mudah ya... Kepada anda yang mahu menyaksikan pembangunan di Pulau Pinang dan Seberang Perai yang begitu pesat di bawah pentadbiran Khalifah LGE ini, silalah berkunjung ke Kg. Main Road, Perai. Saksikan keindahannya...
Bukan Gades nak menghina...tapi ini negeri tanah tumpah darah Gades. Sungguh, Gades memang sedih melihat keperitan hidup masyarakat di sini. Hanya BN melalui MIC dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain sahaja kerap ke kampung ini untuk membantu penduduk sebaik mungkin. Sudahlah statusnya tanah tol, kalau mereka juga dihalau keluar seperti Pokok Asam dan Buah Pala, ke mana nasib hendak diadu? Laksamana P. Ramasamy boleh tolong jawabkan?
Ini lagi satu hal...I love you...I love you too...Don't you dare love love behind me...
Khalifah LGE...pergilah pulang ke Melaka selamanya...buktikan cintamu pada Betty Chew utuh sentiasa...tiada dua apatah lagi tiga empat dan lima...Betty Chew...tinggalkanlah kedudukanmu itu selamanya...suami dan keluarga adalah segalanya...tidaklah suamimu ada cubaan bermain kayu tiga sehingga cedera...Aduh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan