KUALA LUMPUR: DAP tidak sesuai untuk orang Melayu kerana parti itu bersikap pilih kasih dengan mengutamakan kepentingan satu kaum, selain tidak mengiktiraf sumbangan pemimpin Melayu.
Malah, bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mendakwa parti itu juga tidak memberi peluang kepada pemimpin Melayu untuk menyatakan hak dan pendapat mereka.
Bekas Setiausaha Organisasi DAP bahagian Jelutong juga berkata mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan atau menentang akan dicantas oleh pemimpin tertinggi parti.
“Apa yang diputuskan oleh parti, kita terpaksa setuju walaupun tidak bersependapat dengannya. Pemimpin Melayu tidak diberi peluang untuk menyatakan hak,” katanya ketika mengulas keputusan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang keluar dari parti itu, kelmarin, berikutan tiada persefahaman dengan kepimpinan tertinggi parti terbabit.
Mohamed Razali dipecat daripada DAP pada 6 Julai tahun lalu selepas pendedahannya mengenai penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang pada Mei 2011.
Berikutan itu, Mohamed Razali menyifatkan keputusan Tunku Abdul Aziz keluar DAP bukan sesuatu yang mengejutkannya, malah ia sudah dijangka lebih awal.
Beliau berharap keputusan Tunku Abdul Aziz itu akan menyedarkan lebih ramai pemimpin dan ahli Melayu dalam DAP mengenai perjuangan parti yang didominasi kaum Cina itu.
“Saya percaya, mereka akan sedar bahawa DAP bukan parti yang demokrasi untuk semua kaum, sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan satu kaum saja,” katanya yang mengakui membuat kesilapan ketika menyertai parti itu.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan meminta Tunku Abdul Aziz supaya mempertimbangkan semula keputusannya keluar parti.
“Perjuangan masih banyak belum selesai. Walaupun DAP seolah-olah nampak hanya mengutamakan satu kaum, pada hakikatnya ia adil,” katanya yang pernah digantung keahlian selama enam bulan kerana mengeluarkan kenyataan, Jalur Gemilang perlu ditukar, September tahun lalu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu, Zulkifli Mohd Noor yang kini berada di luar negara akan membuat kenyataannya selepas pulang.-BeritaHarian
Bicara Gades: Kalau boleh Gades ingin highlight kan perkara ini kepada TGNA dan Hadi Awang... Tidak berfikirkah mereka ini tentang masa depan bangsa dan yang paling penting agama Islam itu sendiri?? Huru hara dah dibuatnya orang2 Islam oleh TGNA dengan fatwa-fatwa yang mengarut dia tu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan