Cari Apa?

Isnin, 24 Jun 2013

AS tak minat campur hal politik Malaysia

Ok...ini Anwar kata beberapa bulan yang lalu. Tapi kelmarin, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Datuk Paul Jones, menuturkan bahawa
"Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak atau memberi bantuan kepada sesiapa. Pilihan raya adalah urusan di dalam negara ini dan kami tidak terbabit."


Adakah kegilaan dan keobsesan untuk menjadi Perdana Menteri telah benar-benar menyebabkan Anwar Ibrahim menjadi gila?

Kredit : 




Batang penyapu masuk dubur..erkk?


Tak...ini tak ada kena mengena dengan si Tuutt (nama dirahsiakan) tu. Tapi untuk berkongsi dengan anda tentang kejadian terbaru di Kuala Terengganu semalam. Diringkaskan begini. Dua orang remaja 14 tahun di asrama sebuah pondok pengajian agama bermain. Yang sorang bergayut di pintu, yang sorang acah penyapu. Yang bergayut lepaskan tangan, yang mengacah tak mengelak. Maka tertusuklah penyapu itu ke dalam dubur yang bergayut mengakibatkan ususnya bocor.
Ok..memang benda dah jadi. Tapi pengajaran untuk semua orang, penyapu bukan alat mainan manakala pintu bukan tempat bergayut. Punyalah banyak benda boleh buat, mengaji, baca kitab..penyapu jugak yang dituju. Sudahnya badan menanggung seksa, masa depan entah macamana. 

Siapa kata BN tidak adil?

CINA KENA KIKIS TANGGAPAN HANYA SATU KAUM DIBANTU




Kita kerap lupa, walaupun kaum Cina dianggap pakar ekonomi, hakikatnya bukan semua berjaya. Sindrom keterlupaan ini berlaku bukan sahaja kepada Melayu, malah kepada kaum Cina sendiri. Kenapa kita lupa? PERTAMA, kerana Melayu kerap rasa terpinggir dari aspek ekonomi dan sentiasa mahu dibantu. KEDUA, kerana Cina juga kerap rasa terpinggir dan menyangka hanya Melayu yang dibantu oleh kerajaan.
Hakikat yang kurang, atau lebih tepat disebut sebagai TIDAK disedari oleh orang ramai adalah, kaum Cina juga dibantu oleh Barisan Nasional. MCA melalui Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) milik parti itu, berusaha membantu usahawan pelbagai kaum terutamanya Cina untuk menyertai Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Projek Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM).



Malangnya, kebanyakan masyarakat Cina mempunyai minda yg skeptikal dan berpendapat apa saja program kerajaan hanyalah untuk membantu Bumiputera dan tidak berminat dan tidak yakin dengan koperasi dan hal ini diakui oleh Presiden MCA sendiri,  Datuk Seri Chua Soi Lek.
Pengajaran di sini ialah, DAP ada ke koperasi sebegini berbanding MCA yang merupakan parti berasaskan Cina tetapi berjaya dan mahu membantu ekonomi pelbagai kaum di Malaysia? Mulai sekarang, lebih banyak penerangan tentang usaha kerajaan perlu dilakukan terutama oleh MCA yang semakin hilang taring di kalangan masyarakat Cina sendiri.

Kredit: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Cinakenakikistanggapanhanyasatukaumdibantu/Article