Cari Apa?

Jumaat, 5 April 2013

PAS AMAT BERSUNGGUH-SUNGGUH PERJUANGKAN PENDIDIKAN PERCUMA! TETAPI HAKIKATNYA.... #PRU13 #TolakPakatan

Entry ni Gades ambil daripada blogger RakyatMerahKuning .... Apa yang beliau sampaikan, memang sangat2 betul... Sebelum PAS perjuangkan pendidikan percuma ni, mari kita suruh mereka Hapuskan dulu yuran-yuran tadika PASTI.. BOLEH?? MAMPU?? Buktikan dulu PAS oiiii baru la cakap besar depan rakyat...

Kalau pembaca-pembaca semua pergi check sekolah-sekolah agama milik PAS ni, mesti pengsan dengar yuran-yuran yang mahal... Gades pun ada juga kawan-kawan yang hantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah agama milik PAS... Mengeluhlah mereka tiap-tiap bulan kena bayar itu, ini... Kebajikan anak-anak mereka tidak terjaga sangat.. Kualiti pelajaran?? HANCUR!! Tidak diambil berat abaq ang... Siap ustaz-ustaz buat meniaga makanan ringan kot kat anak-anak murid mereka... WTH~~~ Begitulah hakikat sebenar sekolah-sekolah PAS ni... Last, hantar balik anak-anak masuk Sekolah Kebangsaan..

Suatu hari di Puncak Alam, Kuala Selangor, terjumpa satu benda menarik.


Oh, dah mula kempen rupanya PAS kawasan ni. Gigih ya perjuangkan pendidikan percuma untuk rakyat. Memang terbaik.


Tapi...

Tiba-tiba tergerak hati untuk membandingkan...

Yuran Tadika PASTI (PAS):

Pendaftaran (RM30) + Yuran Tahunan (RM70) + Yuran Bulanan (RM120) = RM220


Yuran Tabika KEMAS (Kerajaan Barisan Nasional):
MENGIKUT KEMAMPUAN IBU BAPA


Inilah negara berkebajikan versi PAS. Letak yuran tadika tinggi, kemudian sibuk perjuangkan pendidikan percuma.

Nik Aziz Dakwa Solat Orang UMNO Tak Dapat Pahala #TolakPakatan #PRU13

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.


"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.


"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.

Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.

"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya.

Sumber : UTUSAN

Bicara Gades: Beristigfar... Ibadah yang dilakukan kita samada diterima atau tidak, hanya ALLAH S.W.T sahaja yang akan menentukannya di Padang Masyar nnt.. TGNA, berhati-hatilah dalam membuat statement.. Penyokong-penyokong PAS kalau dok taksub lagi, x tahu laa...

Khamis, 4 April 2013

Anwar tidak Bertanding di Permatang Pauh?? #TolakPR #PRU13

Anwar – Antara Perak @ Selangor? - sumber

Seorang pemimpin kanan peringkat pusat PKR memberitahu bahawa Anwar kemungkinan akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen di bahagian selatan Perak ataupun utara Selangor.

“Selatan Perak atau utara Selangor pilihan Anwar jika beliau mahu keluar dari Permatang Pauh… saya pun terkejut apabila Anwar kata sedang timbang untuk tanding di Perak atau Selangor,” kata beliau yang enggan namanya dipetik.

Katanya, antara kerusi yang boleh dipilih Anwar ialah Lumut, Bagan Datoh, Telok Intan atau Tanjong Malim.

Meskipun tewas, namun kerusi Parlimen Padang Rengas, Tambun, Tapah, Pasir Salak, Lumut, Bagan Datoh dan Tanjung Malim dilihat punya potensi untuk dimenangi parti itu berikutan penyusutan jumlah majoriti yang ketara meskipun enam daripadanya ditanding menteri Kabinet.

Padang Rengas yang disandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang sebelum ini menang dengan majoriti 4,772 berjaya mengekalkan kerusinya dengan 1,749.

Di Tambun, majoriti undi untuk Menteri kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkurang daripada 17,360 kepada 5,386.

Bagan Datoh – Anwar akan bertembung dengan protege lamanya, Zahid Hamidi. Berdasarkan kedudukan semasa, bukan mudah untuk Zahid Hamidi mengekalkan kedudukan. Ini akan menjadikan pertembungan yang agak menarik.

Padang Rengas – PKR sememangnya tidak mempunyai calon. Antara yang disenaraipendek adalah seorang doktor gigi yang tinggal di Kuala Lumpur. Tidak mempunyai kekuatan. Peluang menang untuk Anwar.

Tambun – ramai yang tidak tahu, Husni adalah ‘BUDAK ANWAR’ untuk tempoh yang lama. Juga satu kemenangan mudah kepada Anwar.

Lumut – jika Anwar bertanding di sini, Dr Zambry adalah orang paling layak berdepan dengan Anwar. Kemenangan mungkin berpihak kepada Anwar. 40 % orang Cina akan memberikan undi solid kepada Anwar. Jangan lupa, SU MCA Malaysia pun menang 200 undi lebih sahaja.

Siapa di Permatang Pauh?

Ramai di Tropicana beranggapan Anwar boleh letak siapa sahaja di Permatang Pauh; salah seorang anak atau menantu Anwar akan boleh menang dengan mudah waima bertempur dengan siapa sahaja di Permatang Pauh.

Semua ini berlaku kerana Anwar ‘over-confident’ bahawa dia boleh menang di mana sahaja di Perak. Dr Md Nur Manuty (yang sudah confirmed bertanding); memberikan ayat bodek yang susah untuk dinafikan oleh sesiapa pun. Malah Dr Md Nur membayangkan, jika Anwar menang bertanding dan mengalahkan salah seorang Menteri/MB di Perak – PKR akan menjadi IKON di negeri tersebut.