Cari Apa?

Isnin, 28 Januari 2013

#RCISabah: Kerajaan Sedia Ambil Tindakan – Peguam Negara



TAWAU: Kerajaan bersedia mengambil tindakan terhadap apa jua laporan dan resolusi daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang sedang menyiasat kehadiran pendatang asing tanpa izin di Sabah, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata sekiranya terdapat unsur jenayah maka tindakan akan diambil dan jika didapati terdapat sesuatu yang tidak betul ia akan diperbetulkan.

“Ya (kita sedia ambil tindakan). Kita semua mesti ingat, kalau kesalahan jenayah, kita akan ambil tindakan. Kalau ada perkara yang tak betul akan dibetulkan. Itu janji kerajaan. Itu sebab kita ada RCI. Kalau kerajaan tak mahu buat (RCI), tak ada RCI.

“Tetapi kita mesti ingat, apabila kita bercakap tentang pendakwaan jenayah ini, kita kena tengok lagi adakah cukup bukti. Dalam RCI ini apa-apapun orang cakap boleh diterima, tanpa buktipun kita terima. Bukti keterangan khabar angin pun kita terima.

“Tapi untuk kita ke mahkamah, kita kena tengok keterangan yang boleh diterima. Itu kita mesti tengok tetapi itu bukan satu alasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap orang yang telah buat salah. Tak ada. Tetapi kita akan mengambil tindakan tetapi mesti mengikut lunas-lunas undang-undang.

“Jika saya tidak mengikut lunas undang-undang, orang akan kata, oh saya tak adil atau kerajaan tidak adil,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan pembukaan Tahun Perundangan 2013 di Mahkamah Tawau di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Sehubungan itu, Abdul Gani meminta semua pihak supaya memberi kepercayaan penuh kepada RCI berkenaan yang disifatkannya setakat ini telah melakukan siasatan yang benar-benar mendalam dan menyeluruh dengan semua perkara dikeluarkan.

“Semua orang pun tahu, ramai yang kena tangkap (termasuk) yang ada kad pengenalan pun dikeluarkan (dalam siasatan RCI). Itu menunjukkan ketelusan kerajaan. Satu lagi, kalau dipandang dari segi ini, itu adalah betul-betul janji ditepati kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) berkata dia akan membuat satu RCI yang telus dan dijamin perkara ini akan dibuat dengan cara telus dan baik. Kalau tidak takkanlah semua perkara ini keluar,” katanya.

“Dan saya sangat bangga dan sukacita dengan perkara itu kerana itu yangkita mahu. Sebab apa, kebenaran pasti wujud sepertimana yang ada. Jadi kita tunggu. Lagi satu, jangan kelam kabbut memikirkan perkara itu. Kerajaan tidak akan membuat satu RCI, kalau kerajaan memang salah takkan kerajaan tangkap sampai 98 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya.

Menurut Abdul Gani mungkin ada kesilapan telah dilakukan sebelum ini dan kesilapan itulah yang ingin disiasat sama ada dilakukan pegawai-pegawai kerajaan, atau kerajaan sendiri ataupun ada unsur penipuan ataupun rasuah seterusnya diselesaikan yang akhirnya menggembirakan semua pihak.

“Dan kesilapan itu kita mesti dibendung, adalah penting bagi negeri ini (Sabah), ini negeri saya. Kita mesti lakukan sesuatu. Jadi janganlah kelam kabut, kita tunggu dan tengok (lihat), biarlah RCI itu buat kerjanya dengan baik,” katanya.

- Bernama

Malaysiakini Sembunyi Fakta dan Rahsia Sebenar Berkenaan #RCISabah.

Mari kita lihat bagaimana seorang pemimpin PKR pula mendapat kerakyatan secara 'tidak sah' mengikut definasi pembangkang.

Pemimpin yang ingin kami kongsikan di sini bukan calang-calang orangnya tetapi seorang Ketua Propaganda Pembangkang! Orang yang kami adalah Badrulamin bin Bahron, Pengarah Penerangan Pejabat MB Selangor. 


Nama : Badrulamin bin Bahron
No. Kad Pengenalan : 611204-71-5327




Tempat Lahir : Indonesia 
No. Sijil Warganegara : 570294

Tarikh Menjadi Warganegara : 29 September 1978.


Setelah mendapat status warganegara, Wak Badrul yang mendapat pendidikan di Malaysia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir dan kemudiannya dilantik menjadi pensyarah di UIA.

Lulusan BA Azhar, Mesir. LLM Kent, UK. Ph.D Birmingham, UK. Pensyarah Undang-Undang (Asst. Professor) UIA (1984 - 1999)
Mungkin ada yang ingin menafikan maklumat yang kami paparkan. Mungkin ada yang mengatakan bahawa Badrulamin sama seperti kes Azmin, Wan Azizah dan Zuraidah. Bagaimana pula dengan ini?



Nama : Bahron bin Haji Mohammad Tahir (bapa Badrulamin)
Kad Pengenalan : 330814-71-5139
Tempat Lahir : Indonesia
Tarikh Menjadi Warganegara : 13 Ogos 1973


Arwah Bahron yang merupakan bapa kepada Badrulamin telah meninggal dunia pada 3 Julai 2011. Namun namanya masih lagi dalam sistem SPR. Ertinya dalam kerakusan pembangkang menghentam SPR, mereka juga tidak menjalankan tanggungjawab mereka untuk membantu SPR membersihkan data pengundi. 


Nah. Kenapa Malaysiakini cuba menyembunyikan fakta bahawa ramai di kalangan pemimpin pembangkang sebenarnya warganegara asing yang telah mendapat kerakyatan Malaysia?

Jumaat, 25 Januari 2013

Nak Guna Perkataan "PENANG" Kena Dapat Kebenaran Ketua Menteri dulu Habaq Hang!!


Penggunaan Nama 'Penang' Perlu Dapat Kelulusan - Guan Eng

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang sekali lagi mengulangi ketegasan berhubung penggunaan nama 'Penang' dan tindakan itu menerima kritikan keras.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, apa jua acara yang ingin menggunakan perkataan 'Penang' perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri.

"Penganjur acara tidak boleh suka-suka menggunakan nama 'Penang' tanpa kelulusan daripada kerajaan Pulau Pinang.

"Sekiranya anda menganjurkan acara baru, kemudian anda perlu mendapatkan kelulusan kami. Jika perkataan itu digunakan sebelum ini, ia berbeza kerana anda akan meneruskan tradisi itu. Tetapi jika ia acara baru, anda memerlukan kelulusan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Lim berkata demikian apabila segelintir pihak membidas penganjur yang mengadakan acara Penang Run 2013 pada Hari Thaipusam.

Beliau turut menyangkal penglibatan kerajaan negeri dalam program itu.

"Kita tidak pernah memberi kebenaran untuk menggunakan nama 'Penang' tetapi acara itu disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

"Jika anda mahu menggunakan perkataan 'Penang', anda perlu memohon kerana kita ingin mengetahui parti mana yang terlibat tetapi kita pastinya mahu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan (sekiranya mereka terlibat)," katanya.

Menurut Lim, beliau tidak mahu nama 'Penang' disalah gunakan.

"Kita tidak mempolitikkan perkara ini tetapi jika apa-apa berlaku, orang akan berfikir acara itu berkaitan dengan kerajaan negeri dan itu tidak betul," katanya.

Lim berkata, acara larian itu tidak sepatutnya diadakan pada Hari Thaipusam.

Sementara itu, sebagai reaksi balas terhadap kenyataan Lim, penguam kanak Ranjit Singh Dhillon berkata apa jua acara atau sambutan di adakan di negeri itu berhak menggunakan nama 'Penang'.

"Tiada alasan undang-undang bagi Lim untuk menghalang penggunaan perkataan itu atau tiada keperluan bagi penganjur mendapatkan kelulusan sekiranya acara diadakan di sini," katanya.

Ranjit berkata, Lim yang dilahirkan di Johor, tinggal di Melaka dan kemudiannya berhijrah ke Pulau Pinang tiada hak untuk menyekat penggunaan perkataan tersebut.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohd Idris berkata, kerajaan negeri tiada hak untuk menghalang penduduk di negeri ini untuk menggunakan nama 'Penang' dalam acara mereka melainkan sekiranya penganjur menggunakan logo kerajaan negeri.

"Jika acara berkaitan dengan kerajaan negeri dan logo digunakan, maka mereka perlu mendapat kelulusan," katanya.

Ketua Publisiti Barisan Nasional Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata, sukar bagi Lim untuk menguatkuasakan keputusan yang tidak masuk akal memandangkan negeri itu bukan miliknya.

"Ia milik rakyat dan Lim tiada hak untuk menguasai negeri dengan memaksa penganjur mendapatkan kelulusan sebelum dibenarkan menggunakan perkataan 'Penang' dalam acara mereka," katanya.

Pada 15 September 2009, Lim mengumumkan bahawa sesiapa yang ingin menggunakan nama tersebut perlu mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.

Tiga hari kemudian, beliau berlembut dengan pendiriannya berhubung tuntutan eksklusif kerajaan negeri terhadap nama 'Penang' selepas menerima kritikan daripada orang ramai.