Cari Apa?

Khamis, 8 November 2012

MARI! RUMAH MURAH DI PULAU PINANG!

Sekiranya anda berhasrat membeli rumah yang mampu milik, silalah datang ke Pulau Pinang. Ramai yang boleh membantu anda dengan kata-kata,
"Kami sudah lama teringin memiliki kediaman sendiri. Kami sudah puas cari tapi tak jumpa dan sebagai Rakyat Pulau Pinang kami rasa tertipu. Kami mahu Guan Eng jelaskan isu ini dengan segera"-Kenneth Quah
Encik Lim Guan Eng...kenapa orang berhimpun secara aman dan mendesak Encik Lim Guan Eng mendedahkan lokasi rumah berkembar berharga RM415,000 di Pulau Pinang yang Encik Lim Guan Eng umumkan baru-baru ini? Memang ada ka atau saja ja kata ada?

SUARA RAKYAT DARI LUAR DUN

NGO, penjaja dan rakyat biasa himpun desak selesai isu berbangkit


Sumber : Sinar Harian 8 November 2012

Jom baca ringkasan  ini. Sila beli akhbar untuk berita lanjut.

Rakyat Pulau Pinang yang sudah lama bosan dengan sikap Kerajaan Negeri PR bertindak berkumpul di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menghantar memorandum kepada Speaker DUN agar mengemukakan usul celaan terhadap Datuk Salleh Man (PAS-Permatang Pasir) kerana gagal membawa isu pelaksanaan hudud di Pulau Pinang serta celaan terhadap Chow Kon Yeow (Pengerusi DAP Pulau Pinang-Padang Kota) kerana gagal menangani isu pemberian lesen kepada penjaja Padang Kota Lama yang berlarutan lebih tujuh bulan. 
"Kenapa MPPP membenarkan penjaja berniaga di Jalan Macalister, Jalan Newlane, Jalan Armenian, Lebuh Chulia, depan pasar Pulau Tikus dan sebelah pejabat MPPP sedangkan kami berniaga di tempat lapang dan tidak ganggu lalulintas atau orang lalu lalang tapi kami dikenakan tindakan sedangkan peniaga yang berlainan kulit di tempat lain bebas berniaga walaupun melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas?" - Siti Zubaidah Ali, penjaja Padang Kota Lama
"PAS kini hanya jadi alat DAP&PKR. Kami kesal pemimpin sekarang tidak lagi berpegang kepada konsep perjuangan Allahyarham Fadzil Noor"- Jaffar Osman, ahli PAS Balik Pulau

* Undilah Pakatan Rakyat lagi pada PRU akan datang ni. Cuma DAP saja yang terbela, parti lain tidak.... Anda bagaimana?

Jumaat, 12 Oktober 2012

PR PUNCA SEGALA PERSENGKETAAN PERPADUAN RAKYAT




Semenjak Pilihanraya Umum 2008, politik negara menjadi semakin tegang antara parti- parti kerajaan dan pembangkang.

Bermula dari detik itulah juga, rakyat semakin tertekan dengan jenaka politik yang dibawa dan yang pernah dijaja PR sebelum meraih bonus undi yang memeranjatkan. Banyak janji ditabur dan banyak janji tidak ditepati.

Sedar ataupun tidak pakatan haprak sebenarnya menjadi duri dalam daging kepada kerosakan perpaduan rakyat yang telah dikecapi selama lebih 50 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan di bawah pemerintahan kerajaan Persekutuan, Barisan Nasional (BN).

Dengan adanya PAS, agama Islam dipolitikkan dan dengan mudah maruah agama dicampak merata. Adanya PKR pula, perpaduan rakyat Malaysia semakin terhakis dan dengan adanya DAP, rakyat Malaysia semakin biadap dan sesuka hati mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman. Sekiranya kita tengok balik, sebelum ini rakyat tidak mempunyai sikap rasict.. Tetapi, semenjak PR memerintah di lima buah negeri, rakyat Malaysia semakin biadap dan tidak mempunyai nilai-nilai murni dalam diri mereka. Ini baru 5 tahun memerintah, sekiranya 10 tahun, mungkin rakyat akan tidak lagi mempunyai sifat perikemanusiaan.