Cari Apa?

Khamis, 7 Mei 2015

Media Pula Menjadi Mangsa #PRKPermatangPauh

Ish.. ish.. la ni panas lit-lit baq hanggg..
Semakin tinggi matahari terpacak atas kepala ni semakin hangat #PRKPermatangPauh.

Gades turut merasai bahangnya apabila macam-macam perkara yang berlaku di sekitar pusat-pusat pengundian.

Contohnya di SK Seberang Jaya orang PKR dipukul kerana sengaja menuangkan petrol di kawasan penyokong BN manakala di SK Tanah Liat pulak penyokong BN berang kerana penyokong PKR bertindak membaling batu dan botol terhadap mereka.
Walau bagaimanapun, keadaan keseluruhannya masih terkawal.

Sumber Gades memaklumkan bahawa PKR sekarang dilaporkan cemas kerana peratusan keluar mengundi masih rendah dan ini boleh menyumbang kepada kekalahan mereka dalam PRK Permatang Pauh kali ni.

Yang kat bawah ni pulak gambar seorang petugas media yang menjadi mangsa keadaan.. beliau dipukul dalam serangan penyokong PKR di SK Tanah Liat tadi.

Kesian pada abang media ni.. tak pasai-pasai berdarah kepala.
PKR cemas, orang lain menjadi mangsa...

Tiada ulasan: