Cari Apa?

Selasa, 5 Mei 2015

Untuk Perhatian Ahli PKR Sahaja #PRKPermatang Pauh

Gades ada dapat surat ni.. Katanya untuk ahli-ahli PKR sahaja.. hmmm... Hangpa semua baca senyap-senyap saja tau.. Ni rahsia kita yaaa..


Salam Perjuangan, Salam Reformasi

1- PRK Permatang Pauh dan Rompin benar-benar menguji kekuatan dan memberi tekanan kpd kita. Ada sebahagian drp pimpinan PAS mahu melihat kita kalah dlm PRK kali ini. Mereka memberi tekanan dan mengatur pelbagai strategi supaya kita kalah dgn harapan kekalahan ini akan mempercepatkan Kerajaan Perpaduan antara PAS dan UMNO.

2- Isu seperti Datin Seri Wan Azizah sebagai "calon recycle" sengaja dimainkan. Maklumat sulit strategi didedahkan kepada UMNO. Begitu juga penarikan sebahagian jentera PAS di Rompin kerana calon PAS berasal dari Kelantan dan bukannya dikalangan pendokong Tok Guru. Tambahan pula Ustaz Nazri Ahmad merupakan pimpinan kawasan PAS yang membawa nama Tn. Hj. Mat Sabu sebagai calon Presiden dalam Muktamar PAS pada bulan Jun ini.

3- PKR mempunyai harapan besar untuk memenangi kerusi Permatang Pauh memandangkan ianya adalah kubu kuat PKR namun kerja keras jentera dan strategi terbaik harus sama kita laksanakan memandangkan kepada siri ugutan dan penarikan jentera PAS yang diketuai YDP PAS Kawasan Permatang Pauh. Yakin dan percayalah bahawa kita akan menang walaupun tanpa bantuan PAS!

4- DAP paling banyak memberi bantuan kepada kita khasnya bantuan dana namun PAS langsung tidak memberikan apa-apa bantuan samada kewangan ataupun jentera.

5- Sekiranya PAS menang di Rompin pastinya "rating" Tuan Haji Mat Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai bakal Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan PAS pada bulan Jun ini akan meningkat kerana keduanya adalah pimpinan PAS yang amat rapat dan mudah mengikuti segala perancangan PKR dan DAP. Kita juga sedang mengatur beberapa strategi untuk menyingkirkan Haji Hadi supaya kalah sebagai Presiden PAS kali ini. Tunggu dan lihat.

6- Kami merayu kepada seluruh ahli PKR agar memberikan undi kepada Ustaz Nazri Ahmad, calon PAS yang merupakan pimpinan PASMA Negeri Pahang dan Datin Seri Wan Azizah, calon PKR Permatang Pauh yang merupakan Presiden kita.

Rafizi Ramli
Setiausaha Eksekutif PKR
merangkap
Ahli Parlimen Pandan
2HB. MEI 2015

Edaran utk. Ahli PKR shj

Tiada ulasan: