Cari Apa?

Isnin, 9 Februari 2015

HIMPUNAN RAKYAT HAKIM NEGARA- RETORIK SEMATA-MATA - BAHAGIAN I


Satu Penang heboh laaa kata 
Orang Kena Tuduh nak mai buat rally,nak ajak orang pi melalak kat depan Istana Kehakiman. Gades pon tak ada keja konon-konon la nak pi dengaq apa abang Nuar nak cakap.


Pukul 830 kat Ampang Jajar Gades sampai dahh, semangat!!! Takut parking tak ada.Hurm….. bila sampai….lengang ja…..ingat orang ramai tapi cam tak jadi apa-apa saja. Dok pikiaq betoi ka ada himpunan rakyat ni….

Pentas ceramah di Tapak Pasar Malam Ampang Jajar

Gades pon terkebil-kebil….ada la satu stage, setting macam malam perayaan Hungry Ghost….haaaaaa kau. Ingat ada amoi-amoi nyanyi ngan nari kat situ….lupa-lupanya adalah pengacara dia…..jantan.tak hensem cam abang Zill.
Orang tak ramai lagi time tu.Adalah lebih kurang 200 orang.Tak mai lagi depa ni..maka nya nak isi masa depa panggil la anak-anak ikan bagi cakap kat atas pentas…….banyak la yang bercakap….NGO ada, SUARAM ada….budak tak abih belajaq ada….Mejar Zaidi pon ada…..waahhh syoknya….macam Tengok Maharaja lawak…..

Mamu Gerakan Anti ISA mula cakap.Dia kata dulu jasa depa-la ISA tak pakai dah.Dok putaq la yang kena tangkap ngan polis tu orang yang dok melepak kat tepi jalan ja…kemon la mamu takkan la polis ni buta karee sangattt. Abang polis tak bebai macam hampa, depa buat kerja kot.Dok cerita la pasai OKT kena aniaya…..semua ni konspirasi…rakyat kena bangkit.

Fahmi Zainol sedang merapu...
Mai pulak la giliran Fahmi Zainol ni cakap….ala anak ikan kes rempoh pagar kat UM tuuu….tak ada kerja kena gantung 2 semester…mai la bagi ucapan. Tau dia kata apa, dia kata Universiti tu tempat mengaji…pastu dia kata dia kena gantung 2 semester sebab bawak OKT masuk UM. Nampak tak? Mmg budak ni tak matang pon cara pikiran dia….hang pi masuk UM ngaji la mat, dok bawak OKT buat apa, melingkup pintu gerbang UM. Sapa nak bayar pintu tu? Hang??? Duit kami la duit rakyat….sedap sedap hati hang…

Gades da start boring…..wakil SUARAM pon naik..En Ong ….bagi la ucapan…tapi Gades kurang paham dia cakap apa....ada la dua tiga benda yang iras-iras bunyi…saudala Anuar Ibrahim tak bersalah….kalau NGO macamni… bebas politik tak? Hampa ambik pikiaq la.






Bersambung.....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Monkey Boy kene gantung 2 semester je ke?Buang terus la dari UM tu!!!!