Cari Apa?

Selasa, 20 Januari 2015

Perutusan Khas Perdana Menteri Mengenai Ekonomi dan Kewangan Semasa Negara 2015

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, hari ini PM telah menyampaikan perutusan khas berkaitan ekonomi dan kewangan semasa 2015. Sila baca dan fahami dengan hati terbuka. Gades harap lepas ni takda isu yang timbul berhubung perutusan ni.. Rasanya Kerajaan sekarang sudah cuba sebaik yang mungkin bagi membantu mangsa bencana dan juga cuba memberikan penerangan berkaitan ekonomi Negara yang terjejas akibat kejatuhan harga minyak dunia yang secara langsung tempiasnya terkena pada semua rakyat dunia.

Baca di sini.najibrazak.com

Ringkasannya :

Banjir baru-baru ini telah melibatkan sekitar 400,000 mangsa seluruh Negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur hampir RM 2.9 bilion. Antara tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir adalah seperti berikut :

1) Peruntukan tambahan RM 500 juta sebagai bantuan permulaan untuk kerja-kerja baik pulih dan program kebajikan mangsa banjir ( tambahan kepada Tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM787 juta)

2) Kerajaan sediakan RM800 juta untuk baiki dan bina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan.

3) Menyediakan RM 893 juta bagi bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir.

4) Membina rumah kampung bertiang (stilt houses) setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri.

5) Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang.

6) Memberi bantuan RM500 bagi setiap keluarga yang terlibat dan menghulur sumbangan RM5,000 kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.

7) Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan RM100 juta disediakan kepada TEKUN dan RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

8) BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil sehingga enam bulan.

9) Bank Negara Malaysia akan menubuhkan Special Relief Facility berjumlah RM500 juta demi sediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar lebih rendah iaitu 2.25%, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan perbankan.

10) Bank Rakyat akan tawar Skim Pinjaman Peribadi sehingga RM50 ribu pada kadar keuntungan serendah 3.9% untuk mereka yang terjejas dab bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran.

11) RM500 juta akan disediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan sebanyak 70% di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir dan skim ini akan diuruskan oleh ProKhas.

12) Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung pembangunan sumber Manusia untuk tempoh enam bulan bagi PKS di kawasan yang terjejas berkuatkuasa 1 Februari 2015.

Secara keseluruhannya, dalam perutusan ini, dapat dirumuskan 6 perkara as the key take-away points:
Pertama, kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti mana pada tahun-tahun 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu dilaksanakan.
Kedua, Strategi-strategi Kerajaan yang diumumkan , adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian atau adjustment, berikutan faktor-faktor luaran yang di luar kawalan kita. Ini merupakan satu reality check, berikutan antaranya perubahan harga minyak dunia.
Ketiga, Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam defisit.
Keempat, Pasaran kewangan tetap teratur dan kukuh. Malah, matawang ringgit, walaupun mengalami penyesuaian ketika ini, akan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Insya-Allah.
Kelima, Perbelanjaan Pembangunan atau Development Expenditure yang diperuntukkan dalam Bajet 2015 sebanyak 48.5 bilion ringgit tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.
Ini termasuklah, projek-projek bersifat people economy, yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan pengangkutan awam seperti Lebuhraya Pan Borneo.
Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT dan High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura, Rapid di Pengerang akan tetap diteruskan.
Malah, pada bulan Mei nanti, Rancangan Malaysia Kesebelas akan dibentangkan, bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020, dan akhirnya;
Yang ke-enam, Perbelanjaan Mengurus atau Operating Expenditure dijangka akan dikurangkan sebanyak 5.5 bilion ringgit, dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja.


Tiada ulasan: