Cari Apa?
Jumaat, 16 Mei 2014
Perlu ke mengundi di Bukit Gelugor?
Cuba tanya kepada diri anda sendiri. Apa keperluan anda mengundi dalam PRK Bukit Gelugor nanti? Nak undi pula DAP. Tambah-tambah kepada anda yang berada di luar Pulau Pinang. Anda tinggal di luar Pulau Pinang. Menikmati hasil negeri yang bukan tempat asal anda. Membayar bil bukan di Pulau Pinang. Tidak membayar bil Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang. Tidak terjejas dengan kenaikan harga air sehingga 100% oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Tidak menyewa atau membeli rumah di Pulau Pinang yang harganya mahal gila khinzir!
Jadi nak balik undi untuk apa?
Anak Karpal Singh kena maki dengan Ah Soh bersenam tai chi sebab bapa dia tak buat kerja. Lampu jalan pun tak boleh jaga hingga membahayakan nyawa penduduk. Anda pula berkobar-kobar untuk balik mengundi DAP yang tak ada jasa pun pada anda yang tinggal di luar Pulau Pinang.
Buang masa, buang duit, buang tenaga.
Tak betul ke? Ingat kalau satu undi anda tak ada DAP akan kalah ke? Macamana cara DAP berterima kasih kepada anda? Bagi bunga yang boleh layu? Bagi coklat yang boleh cair? Atau bagi anda duit?
Tapi jika anda fikir anda nak cuba bagi DAP saingan sengit dengan cara mengundi PCM atau Bebas, lainlah cerita. Itu memang patut. Barulah ada kick PRK Bukit Gelugor. Ini mandom, muram macam dilanggar garuda je.
Kalau setakat nak undi DAP yang dah tentu akan menang tu..tak payahlah. After all, depa pernah kata letak anjing sebagai calon pun dah tentu depa menang. Anda pula terhegeh-hegeh balik mengundi.
Tak payahlah...
Langgan:
Catatan (Atom)