Cari Apa?

Isnin, 17 Mac 2014

WARGANEGARA ATAU PENDATANG? SIAPA PILIHAN ANDA?


Datin Paduka Chew Mei Fun adalah wanita berbangsa Cina yang beribubapakan warganegara Malaysia. Beliau lahir dan membesar di Malaysia. Mendapat pendidikan awal di Malaysia. Mendalami pengajian Cina. Tetapi bertutur dalam bahasa Melayu yang begitu fasih. Latar belakangnya bersih. Beliau wanita berintegriti. Beliau berpegang pada prinsip. Beliau tegas. Jika tidak, maka tidaklah. Sebab itu beliau sanggup meletak jawatan dan melepaskan semua jawatan dalam kerajaan kerana tidak sudi diketuai oleh Chua Soi Lek yang beliau tegaskan sebagai tidak bermoral dan memalukan. Semasa dalam kerajaan, beliau disenangi masyarakat dan begitu aktif dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan. Apabila beliau meletak jawatan, beliau kekal dengan kegiatan kemasyarakatan itu. Cuma suaranya tiada dalam kerajaan. Namun kini, beliau kembali. Jiwanya masih kental untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kenapa mesti tolak beliau? Hanya kerana beliau BN? Bila MH370 hilang, beliau antara pemimpin yang turut bersedih dan merasa kehilangan itu. Hati beliau hanya bimbangkan penumpang dan krew MH370 dan sikit pun tidak menyalahkan sesiapa atas kejadian itu.

Jadi nak pilih Wan Azizah ke? Siapa Wan Azizah? Seorang wanita yang penuh dengan kontroversi. Bermula dengan statusnya samada anak kandung atau anak angkat. Kemudian bangsanya, Cina atau Korea atau Melayu? Kemudian perkahwinannya yang ditentang Wan Ismail sehingga tergamak berkahwin di Siam sedangkan beliau seorang doktor. Suaminya yang penuh dengan skandal tidak bermoral dan penyalahgunaan kuasa. Wan Azizah gagal sepanjang bergelar Ahli Parlimen Permatang Pauh. Lebih banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur berbanding menjenguk kawasan. Tidak pernah diwar-warkan penglibatan beliau dengan masyarakat. Gayanya sentiasa sama, berbaju kurung dan bertudung. MH370 hilang bukannya beliau nak doakan keselamatan mereka. Sebaliknya menggila menghina kerajaan menggunakan bomoh. Mengapa beliau tidak menghina suaminya yang turut menggunakan bomoh sehingga ke mahkamah? Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Pajam Singh tu siapa? Rujuk sini



Wahai pengundi Kajang.
Walaupun anda Cina yang tidak sukakan BN, undilah bangsa anda. Kerana bangsa anda akan membantu anda melalui partinya. Jangan undi orang yang tidak diketahui secara sahih latar belakangnya. Jangan undi orang yang hidupnya caca marba. Jangan undi orang yang keluarganya rosak. Jangan undi orang yang hanya pedulikan keluarganya saja. Undi anda hanya sia-sia.
Walaupun anda Melayu yang tidak sukakan BN, undilah individu yang akan bekerja untuk anda melalui partinya. Jangan undi orang yang mengaku dirinya Melayu tapi mempertikaikan ketuanan Melayu. Jangan undi orang yang merelakan anaknya mengatakan tidak salah untuk Melayu murtad. Jangan undi orang yang suaminya terlibat dengan Yahudi dan tidak henti-henti merosakkan bangsa dan agama serta menghalalkan seks sejenis di Malaysia. Anda tidak mahu anak-anak anda terjebak juga satu hari nanti.
Walau apa pun bangsa anda, jangan ikutkan hati semata-mata bencikan BN. 
Fikirkan masa depan generasi anda. Kesilapan anda hari ini, mereka yang menanggungnya.

Tiada ulasan: