Cari Apa?

Ahad, 14 April 2013

Rumah Murah Tidak Perlu!! Terowong First!! #TolakPR #BNBagus #BetterNation

Sumber: www.pisau.net


Membina rumah mampu milik bernilai 400 ribu ringgit adalah kejayaan terbesar buat regim negeri Pulau Pinang. Apa yang pasti haprak pakatan akan menjadikan modal diceramah mereka untuk menaikkan nama regim DAP Pulau Pinang terutamanya tokongnya yang amat ‘prihatin kepada rakyat’.

Rakyat Pulau Pinang hari ini dikatakan amat bersyukur kerana atas kecekapan dan sikap tanggungjawab Lim Guan Eng sebagai tokong terbesar di Pulau Pinang apabila menjanjikan rumah mampu milik yang berdaya saing.Sebagai tokong memerangkap broker tanah terbaik dinegara ini,Lim Guan Eng telah melakukan yang terbaik untuk rakyat Pulau Pinang.

Dari ceruk kampung hinggalah di pejabat pejabat,ramai yang berasa amat bersyukur kerana kerajaan BN sebelum ini tidak pernah membina rumah murah. Cuba tengok di Seberang Jaya atau Bayan Baru..kesemuanya dibina oleh regim DAP..inilah yang disampaikan di ceramah ceramah DAP diluar Pulau Pinang. Bertepuk sakan para penyokong DAP diluar sana .

Tahukah anda projek perumahan kos rendah dan kos sederhana di Balik Pulau telah siap dibina oleh Perda. Pihak Perda telah menyerahkan kepada Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri untuk pemilihan pembeli…Rumah berharga 45ribu sehingga sekarang setelah 4 bulan tiada permohonan kaum Melayu diluluskan.

Hanya permohonan dari bangsa lain diluluskan.Yang menjadi persoalan kenapa permohonan pembeli berbangsa melayu tidak ada satu pun diluluskan. Perkara ini disahkan oleh sumber Pisau dari unit perumahan.Kenapa ada double standart kepada bangsa melayu sedangkan projek dari Perda adalah dari kerajaan pusat bukan hak milik kerajaan regim DAP. Fungsi bahagian perumahan kerajaan negeri hanya sebagai badan yang membuat pemilihan pembeli yang layak.

Tindakan regim DAP yang langsung tidak meluluskan permohonan pembeli berbangsa Melayu adalah satu lagi contoh betapa rasis,chauvanis dan ultrakiasunya regim negeri. Jika rumah semurah 45 ribu pun tidak dibenarkan dijual kepada melayu apatah lagi yang berharga 400 ribu yang dikatakan Guan Eng sebagai MAMPU MILIK!

Tiada ulasan: