Macamana la nak tarik sokongan Cina kepada Barisan Nasional semula kalau orang Cina sejak bayi lagi dah dibasuh otak a.k.a brainwash menyokong Pakatan Haram.
Pada PRU13 yang lalu, dilaporkan Barisan Nasional telah kehilangan 90% undi kaum Cina yang beralih arah sokongan kepada DAP yang jelas dibuktikan melalui pengukuhan kedudukan DAP di Pulau Pinang serta kejayaan parti itu menembusi kubu UMNO di Gelang Patah Johor.
MCA kemudiannya telah mengumumkan untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan yang sebenarnya lebih memburukkan keadaan kerana situasi ini dilihat seolah-olah MCA hendak lari menyembamkan muka ke dalam tanah kerana gagal sebagai sekutu dalam Barisan Nasional dan mengelak dari terus menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.
GERAKAN? Lagilah...terus senyap sunyi. Satu lagi sekutu dalam Barisan Nasional yang gagal menjalankan misi dengan baik. Di Pulau Pinang, hanya UMNO yang mengekalkan prestasi yang baik manakala GERAKAN...hmmm...
Orang Cina DAP tak sukakan Melayu. Cukup-cukuplah hipokrit tu. Jangan kata Cina DAP harmoni sangat dengan Melayu. Ini kenyataan. Jadi kalau Melayu datang membantu mereka sekalipun, bukan bermakna orang Cina DAP akan kata AKU CINTA PADAMU.
Kesimpulannya di sini ialah, hanya orang Cina MCA dan orang Cina GERAKAN sahaja yang dapat menyatukan semula orang Cina DAP kembali ke dalam Barisan Nasional. Ia sukar dilakukan, tetapi tidak mustahil direalisasikan. Kerana hanya orang Cina saja yang mengerti kehendak dan sifat kaum mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan